fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023

in Berita
A A
Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) — Merancakkan pasaran, meluaskan kumpulan pelabur serta mempergiatkan usaha berkaitan agenda kelestarian dan kepimpinan Malaysia dalam pasaran modal Islam merupakan antara topik utama yang dibincangkan semasa Dialog Industri 2023 Suruhanjaya Sekuriti (SC) (SCID 2023) pada minggu lepas.

Dialog itu diadakan bagi membincangkan bidang utama yang akan terus dibangunkan bagi mengembangkan pasaran modal susulan pelancaran kerangka Ekonomi MADANI oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 27 Julai lalu.

SCID 2023 menyaksikan 60 pemimpin dan wakil kanan industri pasaran modal berkongsi idea dan cadangan serta mengetengahkan isu dan cabaran dalam pelbagai topik di bawah tiga bidang meluas iaitu peluang pelaburan, keterangkuman pendanaan dan pembaharuan dalam pasaran modal.

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

“Dengan meneruskan kerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan, SC boleh memanfaatkan kepakaran mereka untuk memacu pembaharuan dan penambahbaikan yang diperlukan ke arah mengukuhkan kerancakan, keterangkuman dan daya saing pasaran modal Malaysia,” kata Pengerusi SC Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin dalam satu kenyataan hari ini.

Semasa dialog tersebut, para peserta turut membincangkan mengenai langkah-langkah pasaran modal yang diumumkan Perdana Menteri iaitu mengurangkan saiz lot dagangan semasa di Bursa Malaysia kepada tahap yang lebih berpatutan dan membolehkan dagangan saham pecahan oleh pelabur melalui broker saham.

Selain itu mereka juga membincangkan mengenai pemindahan automatik untuk syarikat yang tersenarai di Pasaran ACE ke Pasaran Utama Bursa Malaysia, tertakluk kepada kriteria tertentu.

Awang Adek berkata Bursa Malaysia sedang mengkaji untuk mengurangkan lot dagangan daripada 100 saham kepada tahap yang sesuai, dengan mengambil kira keperluan untuk pendekatan pelaksanaan paling berkesan dengan broker bersetuju untuk menyemak semula komisen minimum semasa bagi membolehkan pengurangan saiz lot dagangan. 

Menurutnya, langkah-langkah ini akan menyediakan akses yang lebih besar kepada kumpulan pelabur yang lebih luas, terutamanya pelabur runcit dan muda, untuk melabur dalam pasaran saham dan membina portfolio yang seimbang.

“Ini juga akan meningkatkan dagangan dan kecairan yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua syarikat dan pelabur, dan mewujudkan persekitaran pasaran yang lebih aktif dan dinamik,” katanya.

SC juga bersetuju untuk memberikan fleksibiliti kepada broker sekuriti untuk menawarkan dagangan pecahan bagi meningkatkan akses pelabur runcit kepada pasaran saham.

Bagaimanapun, katanya, mereka perlu mematuhi satu set prinsip yang luas, seperti ketelusan harga.

Mengulas mengenai pemindahan automatik syarikat yang disenaraikan di Pasaran ACE ke Pasaran Utama Bursa Malaysia, Awang Adek berkata langkah itu akan memberi manfaat kepada syarikat Pasaran ACE yang berkelayakan dengan memberikan mereka peluang lebih besar dan akses kepada kumpulan pelabur yang lebih besar.

Selain itu, peningkatan bilangan syarikat tersenarai dengan permodalan pasaran yang besar di Pasaran Utama akan menawarkan pelbagai peluang pelaburan dalam pasaran modal Malaysia kepada lebih ramai pelabur, terutamanya pelabur besar dan asing.

Beliau berkata, kriteria dan proses itu kini sedang dikaji dan dibincangkan bersama Bursa Malaysia, dan pengumuman lanjut akan dibuat apabila rangka kerja itu dimuktamadkan.

— BERNAMA

Tags: SCID 2023Suruhanjaya Sekuriti
Share222ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

5 days ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

2 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

2 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In