KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) — Unit milik penuh Kumpulan Kitacon Bhd, Kitacon Sdn Bhd memperoleh kontrak kerja-kerja binaan utama bernilai RM62.3 juta daripada KL-Kepong Country Homes Sdn Bhd untuk projek pembinaan di Bandar Seri Coalfields, Selangor.
Kontrak tersebut bermula pada 4 Ogos, 2023 dan dijangka siap dalam tempoh 18 bulan, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2023, dan seterusnya sehingga tamat kontrak, katanya.
— BERNAMA




