• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, July 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

F&N Catat Peningkatan Untung Bersih RM99.37 Juta Pada Suku Ketiga

in Catalyst
A A
Fraser & Neave Catat Keuntungan Bersih Lebih Tinggi Sebanyak RM103.5 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) — Fraser & Neave Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang meningkat kepada RM99.37 juta pada suku ketiga (S3) berakhir 30 Jun, 2023 berbanding RM97.50 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Hasil kumpulan turut meningkat kepada RM1.33 bilion pada S3 daripada RM1.12 bilion sebelumnya, dipacu oleh jualan perayaan yang mantap, peningkatan dalam kedua-dua pasaran domestik makanan dan minuman (F&B) Malaysia dan F&B Thailand, pemulihan dalam pasaran eksport, serta sumbangan tambahan daripada Cocoaland Holdings Bhd, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Syarikat itu berkata hasil F&B Malaysia pada S3 meningkat sebanyak 19.5 peratus kepada RM748.8 juta daripada RM626.8 juta sebelumnya, didorong oleh jualan yang lebih tinggi dalam pasaran domestik dan eksport, jualan musim perayaan, harga yang lebih tinggi dan sumbangan tambahan daripada Cocoaland.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Sementara itu, hasil F&B Thailand pada suku yang ditinjau melonjak sebanyak 18.8 peratus kepada RM582.1 juta daripada RM490.1 juta setahun sebelumnya, didorong oleh pemulihan dalam eksport dan jualan domestik yang lebih tinggi.

Selain itu, ia berkata harga yang lebih tinggi digabungkan dengan langkah pengurusan diskaun yang berterusan menyumbang kepada peningkatan hasil dalam operasi F&B Thailand.

Mengenai prospek, F&N berkata, menuju ke suku akhir tahun kewangan semasa, syarikat itu mengekalkan pandangan yang optimis dengan berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan harga komoditi dan kadar pertukaran asing serta tekanan inflasi ke atas kos dan kesannya terhadap permintaan pengguna.

“Walaupun harga beberapa produk komoditi telah stabil, terdapat cabaran yang berterusan dalam harga bekas/tin timah, susu mentah dan minyak sawit, dan trend kenaikan harga gula. Kami telah membeli sebahagian besar keperluan bahan mentah kami untuk suku keempat.

“Bagaimanapun, kami akan terus berwaspada dan secara proaktif mengendali persekitaran yang tidak menentu dan inflasi ini, memanfaatkan portfolio jenama yang pelbagai, perniagaan dan kehadiran geografi kami serta komitmen teguh kami terhadap inovasi, kecekapan dan kemampanan,” tambahnya.

Memandangkan F&N meraikan ulang tahunnya yang ke-140, syarikat akan kekal menumpukan pelaksanaan inisiatif jangka pertengahan dan jangka panjang yang akan membolehkannya menempatkan kumpulan sebagai syarikat perniagaan F&B yang stabil dan mampan.

“Kami telah mengorak langkah yang ketara ke arah visi kami untuk menjadi pengeluar susu terkemuka di Malaysia melalui majlis pecah tanah baru-baru ini ladang tenusu bersepadu kami di Gemas, Negeri Sembilan pada 15 Jun, 2023, yang menandakan permulaan perjalanan kami ke industri huluan sektor susu segar,” katanya.

Pada 3 Mei, 2023, F&N mengisytiharkan dividen interim satu peringkat sebanyak 27 sen sesaham (2022: 27 sen) yang berjumlah kira-kira RM99.0 juta untuk tahun kewangan berakhir 30 Sept, 2023, dibayar pada 1 Jun, 2023.

— BERNAMA

Tags: F&NFraser & NeavehasilKeputusansuku ketigauntung bersih
Share233ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

12 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

12 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

12 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In