• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Wall Street Turut Pamer Prestasi Lemah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) — Bursa Malaysia memulakan dagangan pagi ini rendah, mengambil petunjuk daripada prestasi lemah semalaman Wall Street yang terjejas oleh penurunan penarafan kredit AS oleh Fitch, kata seorang penganalisis.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.07 mata kepada 1,442.49 daripada 1,444.56 pada penutup Rabu. Indeks utama dibuka pada paras 1,441.37, susut 3.19 mata.

Pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 236 berbalas 95, manakala 240 kaunter tidak berubah, 1,701 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Jumlah dagangan 230.06 juta unit bernilai RM77.44 juta.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng, Wall Street akhirnya kehilangan momentum apabila Fitch menurunkan penarafan kedaulatan AS daripada AAA kepada AA+, sekali gus mencetuskan kegiatan penjualan.

Purata Indeks Dow Jones kerugian 348 mata manakala Nasdaq merosot 310 mata apabila hasil 10 tahun AS meningkat lebih tinggi kepada 4.09 peratus.

Di pasaran tempatan, FBM KLCI menyusut apabila sentimen menjadi lebih berhati-hati disebabkan oleh penurunan yang meluas di kalangan pasaran serantau.

“Walaupun kami berpendapat sentimen pasaran mungkin telah terjejas oleh penurunan taraf AS, kami percaya ini memberikan peluang terbaik untuk kemunculan kegiatan mendapatkan saham harga murah kerana berdasarkan penurunan penarafan AS terakhir pada 2011, kami mendapati pasaran ekuiti tidak mengalami sebarang reaksi negatif yang berpanjangan.

“Justeru, kami menjangkakan indeks berlegar dalam julat 1,440-1,450 hari ini,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank masing-masing kerugian tiga sen kepada RM8.92 dan RM4.10, Tenaga Nasional turun empat sen menjadi RM9.53 dan Petronas Chemicals susut satu sen untuk mencatatkan harga RM6.74 manakala CIMB tidak berubah pada RM5.47.

Bagi saham aktif, Mudajaya menambah 1.5 sen kepada 20 sen, MRCB peroleh satu sen menjadi 38.5 sen sementara UEM Sunrise turun setengah sen kepada 50 sen.

Tanco dan Leform, kedua-duanya kekal untuk mencatatkan harga 55.5 sen dan 21.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 18.95 mata kepada 10,592.70, Indeks FBMT 100 susut 18.06 mata menjadi 10,287.62 dan Indeks FBM Emas Syariah lemah 12.22 mata kepada 10,860.23.

Indeks FBM ACE turut merosot 5.23 mata kepada 5,283.66 dan Indeks FBM 70 menguncup 38.39 mata kepada 13,873.49.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.27 mata untuk mencatatkan paras 165.50, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 44.27 mata kepada 16,079.12, dan Indeks Tenaga turun 5.48 mata kepada 826.99.

Indeks Perladangan meningkat 26.27 mata kepada 7,127.16.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiapembukaanRakuten TradeWall Street
Share218ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In