• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Kegiatan Pemngambilan Untung Dorong Bursa Malaysia Dibuka Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) —  Kegiatan pengambilan untung menyaksikan Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini di tengah-tengah prestasi bercampur-campur semalaman Wall Street.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.99 mata kepada 1,448.25 daripada 1,451.24 pada penutup Selasa.

Indeks utama memulakan dagangan pagi ini pada paras 1,449.45, turun 1.79 mata.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Pergerakan harga di pasaran secara meluas menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 147 berbalas 126, manakala 260 kaunter tidak berubah, 1,732 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 203.32 juta unit bernilai RM89.52 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, Wall Street ditutup bercampur-campur apabila Indeks Dow Jones meningkat kepada 0.2 peratus, tetapi S&P 500 dan Nasdaq masing-masing susut 0.3 peratus dan 0.4 peratus, disebabkan oleh pendapatan korporat yang bercampur-campur.

Di dalam negara, ia berkata PMI Pembuatan S&P Global pula ialah pada 47.8 bagi Julai 2023 dan ini menunjukkan kelembapan berterusan dalam keadaan perniagaan perlu dikekang untuk permintaan kembali pulih.

Mengenai sektor tumpuan, ia berpendapat sektor defensif seperti penjagaan kesihatan, utiliti dan REIT mungkin mendapat perhatian dalam kalangan pelabur sementara sektor teknologi dijangka terjejas oleh kelemahan semalaman Nasdaq.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank turun empat sen kepada RM8.95, CIMB lebih rendah lima sen menjadi RM5.47, Tenaga Nasional lemah dua sen kepada RM9.53 dan Petronas Chemicals menguncup enam sen kepada RM6.79 manakala Public Bank tidak berubah pada RM4.12.

Bagi saham aktif, Revenue, Advance Synergy dan Widad masing-masing menambah setengah sen kepada 26.5 sen, 16.5 sen and 43 sen manakala Tanco dan warannya tidak berubah, masing-masing mencatatkan 54.5 sen dan 22.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 18.74 mata kepada 10,639.83, Indeks FBMT 100 susut 18.74 mata menjadi 10,333.71 dan Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 15.20 mata kepada 10,907.59.

Indeks FBM ACE menguncup 13.65 mata kepada 5,293.76 dan Indeks FBM 70 kerugian 14.43 mata kepada 13,956.78.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan susut 6.20 mata kepada 7,138.21, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.43 mata menjadi 167.14 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menguncup 47.52 mata kepada 16,144.74.

Bagaimanapun, Indeks Tenaga meningkat 4.64 mata kepada 837.75.

— BERNAMA

Tags: pembukaanWall Street
Share209ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In