• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, October 31, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Datasonic Akan Pertingkat Pengeluaran Halaman Data Polikarbonat

in Catalyst
A A
Datasonic Akan Pertingkat Pengeluaran Halaman Data Polikarbonat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) — Datasonic Group Bhd akan meningkatkan pengeluaran muka surat halaman data polikarbonat secara berperingkat berikutan unjuran aliran pertambahan permintaan bagi pasport.

Timbalan Pengerusi Eksekutif Datuk Abu Hanifah Noordin berkata kumpulan itu yang juga penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bersepadu berkaitan keselamatan, akan turut memulakan pengeluaran kad pengenalan diri pekerja asing (i-Kad) pada bulan ini.

“Sasaran kami dalam masa terdekat ini adalah untuk mengatasi semua tunggakan dan mengeluarkan i-Kad tersebut dalam tempoh sepatutnya,” katanya dalam satu kenyataan selepas berakhirnya Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-15 di sini, hari ini.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Abu Hanifah juga optimis bahawa prospek kumpulan itu kekal cerah, disokong oleh perancangan strategik dan jumlah perolehan kontrak bernilai RM339 juta setakat akhir Mac, 2023.

Bagi kemajuan masa depan, Datasonic mengunjurkan tahun kewangan 2024 kekal mencabar dalam senario peningkatan ketidaktentuan pasaran berikutan isu makroekonomi yang berterusan. 

“Namun, kami akan terus gigih dalam meneruskan pelan strategik serta (dipacu oleh aspek) pengurusan secara berhemat.

“Kumpulan ini turut mengenal pasti bidang pertumbuhan yang berpotensi dan boleh dimanfaatkan untuk mengembangkan lagi perniagaan,” katanya. 

Bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Mac, 2023, keuntungan bersih Datasonic telah meningkat kepada RM76.37 juta berbanding RM10.24 juta pada tahun kewangan sebelumnya manakala perolehan hasilnya menokok kepada RM344.71 juta daripada RM136.43 juta.

Datasonic telah mengumumkan serta membayar dividen berjumlah RM56.7 juta yang mewakili pembayaran dividen sebanyak 74.2 peratus berdasarkan keuntungan selepas cukai bagi tahun kewangan 2023.

— BERNAMA

Tags: Abu Hanifah NoordinDatasonichalaman polikarbonati-Kadpasport
Share216ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In