• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

TNB, Petronas Begabung Majukan Ekonomi Hidrogen

in Saham
A A
TNB, Petronas Begabung Majukan Ekonomi Hidrogen
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) — Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Petronas menandatangani Perjanjian Kajian Bersama Kebolehlaksanaan (JFSA) untuk memajukan kajian pembangunan perniagaan hidrogen di Malaysia.

Ini akan mengukuhkan komitmen mereka untuk memajukan ekonomi hidrogen.

“Berdasarkan memorandum persefahaman yang ditandatangani sebelum ini, JFSA menggariskan komitmen kedua-dua pemimpin industri untuk bekerjasama dan memupuk sinergi yang kukuh dalam meneroka serta membangunkan usaha niaga kepesatan bidang hidrogen hijau,” kata TNB dalam satu kenyataan.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Kerjasama ini menandakan visi bersama syarikat bagi mempercepatkan penggunaan teknologi bersih seperti hidrogen dan pemerangkapan karbon, untuk menyahkarbonkan sektor tenaga, tambahnya.

“Perjanjian ini menjadi bukti dedikasi kami yang tidak berbelah bahagi untuk menyatukan pemain industri dan menjalin sinergi yang kuat. Bersama-sama kami komited untuk meneroka dan membangunkan usaha niaga dalam bidang berpotensi hidrogen hijau,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Baharin Din

Beliau menambah kerjasama itu bukan sahaja akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia tetapi juga membawa kepada banyak peluang pekerjaan.

Naib Presiden Kanan Penyampaian Projek dan Teknologi Petronas Datuk Bacho Pilong berkata kedua-dua syarikat menghimpunkan pengalaman lebih 120 tahun dalam bidang kejuruteraan dan teknologi.

“Bersama-sama, kami berharap dapat membangunkan ekosistem teknologi dan infrastruktur untuk tenaga bersih yang diperlukan dalam memajukan matlamat kemampanan negara dan menyokong peralihan tenaga saksama untuk generasi akan datang,” tambah beliau.

TNB berkata, kerjasama strategik dengan Petronas mempunyai kepentingan khusus dalam menangani cabaran penyahkarbonan industri tenaga, yang mana kedua-dua organisasi memainkan peranan penting.

“Menyedari potensi hidrogen sebagai sumber tenaga yang serba boleh dan bersih, syarikat berhasrat untuk memanfaatkan sumber ini bagi mengurangkan pelepasan karbon dalam sektor seperti pengangkutan, pembuatan dan penjanaan tenaga,” katanya.

— BERNAMA

Tags: Baharin Dinekonomi hijauhidrogenkerjasamaPetronasTNB
Share222ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In