KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) — Daythree Digital Bhd (Daythree) mencatat kemunculan pertama yang memberangsangkan di Pasaran ACE Bursa Malaysia apabila saham-sahamnya melonjak 117 peratus kepada 65 sen seunit daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) pada 30 sen.
Pada permulaan urus niaga di pasaran itu, syarikat yang juga penyedia perkhidmatan perniagaan global (GBS) yang dipacu oleh teknologi, menyaksikan sejumlah 10.32 juta saham-sahamnya saling berpindah tangan.
Pengarah Urusan Raymond Davadass hasil daripada IPO itu akan membolehkan Daythree mengambil khidmat bakat atau tenaga kerja baharu serantau dalam menyokong pengembangannya.
Menurutnya, pada masa ini, 95 peratus daripada pekerjanya adalah warga tempatan yang berkhidmat untuk pelanggan domestik dalam sektor sektor tenaga, utiliti, telekomunikasi, media, teknologi kewangan (fintech), perkhidmatan kewangan dan pembinaan.
“Jenama-jenama yang kami kendalikan juga sedang mencari pekerja di peringkat serantau. Oleh itu, kami dalam proses membina kapasiti dan mengambil lebih ramai pekerja yang berpengetahuan asing.
“Mereka yang fasih dalam bahasa seperti Jepun dan Korea Selatan juga diambil berkhidmat. Kami juga menjangkakan pengambilan lebih banyak pekerja Jepun dan Korea untuk bekerja dengan pekerja tempatan di syarikat ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyenaraian IPO itu di sini, hari ini.
Davadass berkata, terdapat permintaan penyumberan luar yang ketara dari Amerika Utara, United Kingdom dan Australia.
Di peringkat domestik, industri GBS diunjur berkembang kepada RM31.74 bilion pada 2027 daripada RM24.79 bilion pada masa ini yang memaparkan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 6.3 peratus.
“Jika dibandingkan dengan perolehan hasil kami yang mencecah RM65.1 juta pada tahun lepas, jumlah itu adalah kurang satu peratus daripada bahagian pasaran…namun ini bertepatan kerana masih banyak potensi atau peluang yang boleh kami rebut,” katanya.
Davadass berkata Daythree juga telah mencatat pendapatan CAGR kira-kira 20.2 peratus dalam tempoh tiga tahun lepas.
“Kami di landasan tepat untuk mencapai trajektori pertumbuhan itu dan itu adalah angka yang kami sasarkan,” katanya.
Bagi tahun kewangan 2022, Daythree mencatat keuntungan bersih sebanyak RM6.2 juta manakala perolehan hasil sebanyak RM65.1 juta.
Kira-kira 49 peratus sumbangan hasil adalah daripada sektor tenaga dan utiliti manakala telekomunikasi dan media (23.4 peratus), fintech dan perkhidmatan kewangan (15.4 peratus), pembinaan (3.8 peratus) dan lain-lain (8.5 peratus).
Menurut Davadass, syarikat terbabit juga sedang mempertimbang dasar dividen sebagai ganjaran untuk pemegang sahamnya.
“Kami belum lagi mencapai sebarang kata muktamad mengenainya dan akan membuat pengumuman berkaitan dasar itu di masa akan datang,” katanya.
— BERNAMA
Jika kita telah ada kesedaran untuk melabur saham maka bersyukurlah, sebab masih ramai yang belum tahu.
Pelaburan paling besar adalah pada diri sendiri.Mulakan sekarang.
Segala persoalan anda tentang saham akan terjawab

Padat dengan benda penting. Sesuai untuk :
1. “Zero” dan Newbies dalam saham
2. Yang mencari buku rujukan asas saham
3. Ulangkaji terma-terma ‘jargon’ dalam dunia saham
4. Dijadikan rujukan sebelum dan selepas pergi seminar
5. Anak-anak bersekolah menengah / Kolej / Universiti
Buku ini berwarna, penuh grafik dan contoh-contoh yang mudah untuk difahami.
Cuma…Buku ini tak banyak. Dapatkan sebelum terlambat.
Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa ->





