• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Teruskan Kenaikan Untuk Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) — Bursa Malaysia meneruskan kenaikan semalam untuk dibuka tinggi hari ini, menjejaki kenaikan semalaman Wall Street dalam persekitaran keyakinan pengguna yang bertambah baik, kata penganalisis. 

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.74 mata kepada 1,441.53 daripada 1,436.79 semalam.

Indeks utama dibuka rendah 0.09 mata kepada 1,436.70.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Suasana pasaran turut positif berikutan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 151 berbanding 139 manakala 204 kaunter tidak berubah, 1,799 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 183.72 juta unit bernilai RM75.56 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street mengekalkan aliran meningkatnya berikutan peniaga meneliti pendapatan korporat Amerika Syarikat (AS) yang dikeluarkan sementara menunggu keputusan Rizab Persekutuan AS mengenai kadar faedah hari ini.

Di peringkat domestik, katanya FBM KLCI mencatatkan satu lagi hari positif semalam, disebabkan pengumpulan saham mewah.

“Kami percaya ini mungkin berterusan berikutan kepelbagaian portfolio oleh beberapa dana asing yang mungkin telah memulakan operasi yang baik baru-baru ini di rantau ASEAN.

“Oleh itu, kami menjangka indeks akan meneruskan trajektori meningkatnya dan berada dalam julat 1,435-1,450 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah tiga sen kepada RM9.01, CIMB dan Public Bank, masing-masing meningkat dua sen kepada RM5.45 dan RM4.07, Tenaga Nasional naik satu sen kepada RM9.48 dan Petronas Chemicals menambah lima sen kepada RM6.81.

Daripada saham aktif, Daythree Digital naik 39 sen kepada 69 sen, Hong Seng Consolidated meningkat setengah sen kepada 10 sen dan ES Ceramics Technology menambah dua sen kepada 20.5 sen manakala Tanco Holdings tidak berubah pada 55.5 sen dan UEM Sunrise merosot setengah sen kepada 47 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 26 mata kepada 10,616.56, Indeks FBMT 100 meningkat 26.38 mata kepada 10,302.95, Indeks FBM 70 menokok 3.99 mata kepada 13,988.25 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 20.33 mata kepada 10,895.65 manakala Indeks FBM ACE merosot 1.40 mata kepada 5,320.27.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 40.10 mata kepada 16,044.73, Indeks Tenaga meningkat 3.74 mata kepada 833.94, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 0.43 mata kepada 166.73 dan Indeks Perladangan menokok 22.76 mata kepada 7,220.78.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaWall Street
Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In