• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

IJM Bayar RM124 Juta Peroleh 44.83 Peratus Kepentingan Dalam Pestech

in Catalyst
A A
IJM Bayar RM124 Juta Peroleh 44.83 Peratus Kepentingan Dalam Pestech
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) — IJM Corporation Bhd telah memeterai perjanjian langganan bersyarat untuk cadangan langganan 44.83 peratus kepentingan dalam Pestech International Bhd pada harga RM124 juta. 

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, IJM berkata selepas selesai cadangan itu, pegangan saham IJM dalam modal saham diperbesarkan Pestech akan mencecah 44.83 peratus, tidak termasuk saham perbendaharaan. 

Berdasarkan keperluan kawal selia, IJM dipertanggungjawabkan untuk membuat tawaran pengambilalihan mandatori bagi baki saham serta waran Pestech tetapi syarikat itu tidak berhasrat untuk meneruskan obligasi itu dan akan mendapatkan pengecualian daripada Suruhanjaya Sekuriti selepas Pestech mendapat kelulusan pemegang sahamnya.

Sementara itu, IJM dalam kenyataan berasingan berkata cadangan langganan tersebut merupakan peluang sinergi bagi syarikat untuk memperoleh kepentingan strategik dalam syarikat tersenarai dengan perniagaan teras dalam penghantaran elektrik voltan tinggi, elektrifikasi dan isyarat rel. 

Sebagai rakan strategik, kepelbagaian dalam perniagaan IJM, kunci kira-kira yang mantap dan kelayakan tadbir urus korporat akan mempercepatkankan potensi pertumbuhan Pestech selain memperluas jangkauan pasaran syarikat dan akses kepada peluang baharu.

Katanya lagi, pelaburan itu juga menawarkan syarikat akses kepada projek talian penghantaran Pestech di Kemboja, yang mana Pestech telah bertapak termasuk di  negara-negara membangun lain di rantau ini, selanjutnya menyokong strategi pengembangan serantau IJM untuk pertumbuhan dalam pasaran baru muncul.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan IJM Lee Chun Fai berkata pelaburan strategik dalam Pestech ini akan membawa peluang sinergi bagi kedua-dua syarikat dalam sektor penghantaran tenaga dan elektrifikasi rel yang semakin meningkat. 

“Dengan memasukkan keupayaan Pestech ke dalam portfolio kami yang pelbagai, kami akan mewujudkan sinergi dan memberikan penyelesaian menyeluruh kepada pelanggan merentasi pelbagai sektor.

“Secara bersama, kami berada pada kedudukan yang baik untuk mengukuhkan kedudukan kami dalam industri, mempelbagaikan aliran pendapatan dan memacu pertumbuhan yang mampan,” katanya. 

Tanpa mengambil kira sebarang keadaan yang tidak dijangka, cadangan itu dijangka siap menjelang suku keempat 2023. 

Pestech, yang beroperasi di Malaysia, Kemboja, Filipina, Thailand, Papua New Guinea dan rantau Afrika Barat, merupakan kontraktor kejuruteraan, perolehan, pembuatan, pembinaan serta pentauliahan terkemuka dalam talian penghantaran voltan tinggi tambahan dan voltan tinggi. 

Tempahan dalam tangan tertunggak syarikat sebanyak RM1.56 bilion setakat 31 Mac 2023 dan terimaan berjumlah RM1.82 bilion, sebahagian besarnya merangkumi kontrak pembayaran tertunggak jangka panjang, akan menyumbang secara positif kepada syarikat.

— BERNAMA

TAG: IJM, Pestech, cadangan langganan

Tags: IJMPestech
Share254ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In