• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini sejajar dengan prestasi semalaman Wall Street yang positif.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.23 mata kepada 1,428.92 daripada 1,424.69 pada penutup semalam.

Indeks utama mengukuh .07 mata untuk memulakan urus niaga pada paras 1,425.76.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 172 berbalas 107, manakala 235 kaunter tidak berubah, 1,779 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 209.21 juta unit bernilai RM85.81 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, Wall Street bergerak lebih tinggi dengan Purata Perindustrian Dow Jones meningkat 0.52 peratus.

Justeru, minat belian yang kukuh dalam kalangan komponen indeks utama dilihat terus mendorong FBM KLCI untuk meningkat  dengan tekanan inflasi yang menyederhana pada bulan Jun turut memberikan rangsangan jangka pendek kepada bursa tempatan.

Semalam (Isnin), Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan Indeks Harga Pengguna (IHP) bulan Jun terus turun kepada 2.4 peratus, paras terendah yang dicatatkan setakat ini pada 2023.

Sementara itu, pelabur akan terus memantau dengan teliti keluaran pendapatan korporat AS dan keputusan kadar faedah daripada Rizab Persekutuan AS pada hari Rabu.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah tiga sen kepada RM8.95, CIMB naik lima sen menjadi RM5.40, Petronas Chemicals menokok tiga sen kepada RM6.53, Public Bank tidak berubah pada RM3.98 dan Tenaga Nasional susut dua sen untuk mencatatkan harga RM9.44.

Bagi saham aktif, MYMBN yang baharu disenaraikan mengukuh 8.5 sen kepada 29.5 sen, Velesto Energy tidak berubah pada 23 sen, Classita Holdings susut setengah sen menjadi 14.5 sen, CTOS Digital lemah satu sen kepada RM1.38 dan Pestech International menguncup dua sen kepada susut 27.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menokok 27.86 mata kepada 10,534.94, Indeks FBMT 100 mengembang 27.17 mata untuk mencatatkan paras 10,223.06 dan Indeks FBM 70 meningkat 23.881 mata kepada 13,922.98.

Indeks FBM Emas Syariah meningkat 18.89 mata kepada 10,829.77 manakala Indeks ACE FBM meraih 2.47 mata kepada 5,322.33.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan memperoleh 64.33 mata kepada 15,886.62, Indeks Tenaga meningkat 5.92 mata kepada 829.53, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.62 mata menjadi 163.60, dan Indeks Perladangan meningkat 9.09 mata kepada 7,144.40.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaMalacca SecuritiespembukaanWall Street
Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In