• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Pelabur Asing Kekal Pembeli Bersih, Catat RM179.9 Juta Minggu Lepas

in Saham
A A
Pelabur Asing Kekal Sebagai Pembeli Bersih Untuk Minggu Ketujuh Berturut – Turut

Sumber : The Sun Daily

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) — Kalangan pelabur asing meneruskan aktiviti belian di Bursa Malaysia pada minggu lepas dengan membeli saham-saham bernilai RM179.0 juta berbanding RM570.9 juta yang dicatatkan pada minggu sebelumnya, kata MIDF Research.

Dagangan pada minggu lepas adalah singkat berikutan cuti umum Awal Muharram pada Rabu.

Cabang penyelidikan MIDF Amanah Investment Bank Bhd itu berkata, pelabur asing telah membuat belian bernilai RM56.3 juta pada Isnin lepas.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

“Ini diikuti dengan pembelian bernilai RM71.0 juta pada hari Khamis dan RM61.7 juta pada hari Jumaat namun menjadi penjual bersih sebanyak RM10.1 juta pada Selasa,” katanya dalam Laporan Aliran Dana bagi minggu dagangan berakhir 21 Julai, 2023, yang dikeluarkan hari ini.

MIDF berkata tiga sektor yang menjadi tumpuan pembelian bersih oleh pelabur asing itu adalah utiliti (RM107.0 juta), teknologi (RM73.5 juta) dan pembinaan (RM68.4 juta).

Selain itu, tiga sektor lain yang menyaksikan jualan bersih adalah produk dan perkhidmatan pengguna (-RM103.1 juta), perkhidmatan kewangan (-RM35.8 juta) dan REIT (-RM11.2 juta).

Pelabur asing telah melakukan jualan bersih bernilai RM3.70 bilion setakat tahun ini.

Dalam pada itu, institusi dana tempatan mengekalkan pendirian sebagai penjual bersih untuk minggu kedua berturut-turut dengan mencatat RM91.3 juta.

Institusi itu bertindak membeli RM9.8 juta pada Isnin dan RM2.8 juta pada Selasa sebelum berperanan sebagai penjual bersih dengan melepaskan RM49.0 juta pada Khamis dan seterusnya RM54.9 juta pada Jumaat.

Pada masa sama, kalangan pelabur runcit tempatan bertindak sebagai penjual bersih bagi minggu kedua berturut-turut yang membabitkan jumlah -RM87.7 juta.

“Mereka hanya melakukan pembelian bersih bernilai RM7.2 juta pada Selasa dan melakukan jualan bersih -RM66.1 juta pada Isnin, -RM22.0 juta pada Khamis dan -RM6.8 juta pada Jumaat,” katanya.

Pelabur runcit dan institusi tempatan menjadi pembeli bersih setakat tahun ini yang masing-masing berjumlah RM3.53 bilion dan RM165.8 juta, kata MIDF Research.

Menurutnya, dari segi penyertaan pula menyaksikan purata jumlah dagangan harian dalam kalangan pelabur asing susut -2.9 peratus manakala pelabur runcit dan institusi tempatan masing-masing meningkat sebanyak 6.8 peratus dan 17.4 peratus.

— BERNAMA

Tags: aliran danaekMIDF Researchpembeli bersih
Share222ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In