fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 24, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Central Medicare Manfaatkan Kepakaran Tenaga Solar TNB, Sasar Pengurangan Kos RM72 Juta

in Catalyst
A A
TNB Kuasai Pegangan Majoriti Dalam Syarikat Solar Terbesar Di UK

Sumber Gambar : TNB

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) — Kerjasama Tenaga Nasional Bhd (TNB) dengan Central Medicare Sdn Bhd (CMSB) untuk memperkenalkan tenaga solar di tapak kilang dan asrama milik CMSB  di Teluk Intan, Perak, dijangka membantu pembuat sarung tangan itu mengurangkan kos sehingga RM72 juta dalam tempoh 25 tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan HARPS Global Pte Ltd, Haziq Zairel Oh berkata dengan jumlah kapasiti 6.039 megawatt puncak (MWp), sistem solar fotovoltaik bahagian atas bumbung boleh mengurangkan pelepasan karbon sebanyak kira-kira 5,215 tan setahun.

HARPS Global Pte Ltd ialah syarikat induk kepada CMSB.

Berkaitan

Ulasan Keputusan: UEM Sunrise [23 Mei 2025]

AirAsia Meterai RM99.5 Juta Kontrak Perkhidmatan Carter Dengan Angkatan Tentera Malaysia

Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan TNB dan HARPS pada Ahad untuk mengumumkan pemeteraian perjanjian bekalan tenaga boleh baharu (SARE) di antara HARPS dengan anak syarikat milik penuh firma utiliti itu, GSPARX Sdn Bhd baru-baru ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Baharin Din berkata pelaksanaan inisiatif teknologi hijau itu adalah sejajar dengan dedikasi pengeluar kuasa itu terhadap prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) selain bertujuan meningkatkan kesan positif kemajuan mesra alam di samping mempromosikan kesejahteraan sejagat.

“Majlis pemeteraian itu melambangkan komitmen kukuh semua pihak untuk bekerjasama ke arah matlamat yang sama: mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050 melalui amalan mampan dalam ekosistem perniagaan dan komuniti kita,” katanya.

Pemasangan akan disiapkan menerusi dua fasa — yang pertama menjelang akhir September 2023 dan yang kedua pada akhir Jun 2024.

“Setelah selesai pemasangan, solar atas bumbung boleh menyediakan 8,163 megawatt jam tenaga solar setahun. Ini bersamaan dengan lebih 5,000 tan ofset karbon dioksida setiap tahun, bersamaan dengan lebih 58,000 anak pokok yang ditanam selama 10 tahun,” katanya.

Selain menandatangani SARE, CMSB berjaya memperbaharu langganan Tarif Elektrik Hijau dengan kapasiti 10 gigawatt jam sebagai menyokong komitmen Malaysia untuk menjadi negara sifar karbon seawal 2050.

SARE itu ditandatangani di Ipoh, Perak pada 27 Jun, 2023 oleh Haziq Zairel; Ketua Runcit Negeri Perak, TNB Mohd Azhar Rashid dan Pengarah Urusan GSPARX, Elmie Fairul Mashuri.

Pemeteraian itu disaksikan oleh Ketua Rakan Kongsi Runcit Negeri Perak, Bahagian Runcit TNB, Mohd Rohaizan Samsuddin dan Ketua Pegawai Teknologi CMSB, Lee Chee Sian.

Ketika bercakap pada majlis itu, Haziq berkata: “antara nilai teras kami dalam HARPS adalah kemampanan. Kami memberikan penekanan penting kepada bicara alam sekitar, dan kami komited untuk meminimumkan kesan operasi kami terhadap alam sekitar.”

Setakat ini, GSPARX telah memperoleh 414 projek dengan organisasi komersial, perindustrian dan kerajaan, menjana kapasiti solar sebanyak 279.2 MWp.

— BERNAMA

Tags: ESGGSPARXHARPS GlobalSAREtenaga boleh baharutenaga solarTNB
Share234ShareSend

Related Posts

Ulasan Keputusan: UEM Sunrise [23 Mei 2025]
Asas Saham

Ulasan Keputusan: UEM Sunrise [23 Mei 2025]

13 hours ago
AAB Akan Bayar RM8 Juta Kepada AAX Bagi Perjanjian Pajakan Tambahan Pesawat
Catalyst

AirAsia Meterai RM99.5 Juta Kontrak Perkhidmatan Carter Dengan Angkatan Tentera Malaysia

1 day ago
Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas
Catalyst

Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas

1 day ago
Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih S1 Lebih Rendah Kepada RM30.37 Juta
Catalyst

Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih RM41.5 Juta Pada Suku Pertama

2 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In