• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Sentimen Berhati-Hati

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) — Bursa Malaysia memulakan dagangan Isnin dengan lebih rendah berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat pada 25-26 Julai ini dengan jangkaan kenaikan kadar faedah di negara maju itu.

Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.22 mata kepada 1,413.30 daripada 1,413.52 pada Jumaat lepas.

Indeks pemacu pasaran itu dibuka susut 0.84 mata kepada 1,412.68.

Selain itu, pasaran secara meluas turut negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 132 berbanding 142 manakala 271 kaunter tidak berubah; 1,748 tidak diniagakan dan 16 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 203.29 juta unit bernilai RM58.93 juta.

Sementara itu, bercakap kepada Bernama, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata bursa dijangka menyaksikan dagangan kurang memberangsangkan menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS serta jangkaan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS.

Beliau berkata pada masa sama, saham-saham perladangan kekal sebagai pilihan pelabur susulan pengukuhan harga minyak sawit mentah yang meningkat kepada lebih RM4,000 satu tan.

“Pada hari ini, kami kekal yakin namun berhati-hati bahawa aktiviti memburu dan membeli saham-saham mewah akan berterusan, sekali gus menjangkakan indeks utama bursa bergerak dalam julat 1,410-1,420 dengan minat terus disandarkan ke atas saham berkaitan syarikat telekomunikasi.

“Adalah diharapkan kemasukan semula dana asing akan memberi pulangan kepada peruncit yang sebelum ini mengalami prestasi sebaliknya,” katanya.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank naik satu sen kepada RM8.79, Tenaga Nasional menokok empat sen kepada RM9.15, Petronas Chemicals menambah tiga sen kepada RM6.53 manakala Public Bank tidak berubah pada RM3.98 dan CIMB merosot tiga sen kepada RM5.27.

Bagi saham aktif, Classita Holdings dan AHB Holdings naik setengah sen kepada 17 sen dan 15 sen, Jentayu Sustainable meraih lapan sen kepada RM1.07, Kumpulan Jetson turun dua sen kepada 21.5 sen manakala Advance Synergy turun setengah sen kepada 16.5 sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas meningkat 3.03 mata kepada 10,451.82, Indeks FBMT 100 naik 2.29 mata pada 10,133.65, Indeks FBM 70 menambah 19.44 mata kepada 13,895.73, Indeks FBM Emas Shariah menokok 8.31 mata kepada 10,755.27 manakala Indeks FBM ACE susut 4.37 mata kepada 5,325.22.

Bagi sektor pula, Indeks Tenaga menambah 1.65 mata kepada 819.37, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meraih 0.07 mata kepada 162.93, Indeks Perkhidmatan Kewangan sebaliknya susut 10.31 mata kepada 15,718.19 dan Indeks Perladangan turun 2.59 mata kepada 7,085.00.

— BERNAMA

Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In