• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, June 5, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Betamek Raih Kontrak RM436.5 juta Untuk Model Kereta Baharu Perodua

in Catalyst
A A
Betamek Peroleh Kontrak Pembekalan Bernilai RM123.5 Juta Daripada Perodua
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) — Penyedia perkhidmatan pembuatan elektronik, Betamek Bhd meraih kontrak bernilai RM436.5 juta untuk membekalkan pelbagai komponen elektronik untuk model kereta baharu Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua).

Anak syarikat milik penuhnya, Betamek Electronics (M) Sdn Bhd hari ini menerima kontrak daripada Perodua untuk membekalkan komponen elektronik mulai suku keempat tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025 selama enam tahun. 

Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan Betamek Group dalam tempoh enam tahun, bermula dari tahun kewangan 2025. 

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Pengarah Urusan Mirzan Mahathir berkata permintaan untuk produk audio visual (AV) kenderaan dan aksesori kenderaan dijangka berkembang sejajar dengan permintaan yang meningkat untuk kenderaan pelanggan utamanya.

“Walaupun insentif pengecualian cukai jualan untuk kenderaan penumpang telah tamat pada bulan lepas, kami yakin permintaan untuk produk AV kenderaan dan aksesori kenderaan kami akan terus berkembang sejajar dengan permintaan kukuh untuk kenderaan pelanggan utama kami,” katanya dalam kenyataan.

Baru-baru ini, Perodua telah mengumumkan bahawa ia dijangka memenuhi sasaran pengeluaran sebanyak 330,000 dan pendaftaran 314,000 pada tahun ini berikutan syarikat kereta kompak itu akan meningkatkan lagi kecekapan operasinya.

Setakat 30 Jun 2023, Perodua telah mengeluarkan sebanyak 153,813 kenderaan, naik 17 peratus daripada 131,641 unit yang dicatatkan dalam tempoh sama pada 2022. 

Pencapaian pengeluaran ini telah membawa kepada peningkatan pendaftaran sebanyak 13.6 peratus kepada 144,690 kenderaan pada separuh pertama 2023 berbanding 127,343 unit yang telah dijual dalam tempoh sama pada tahun lepas.

— BERNAMA

Tags: Betamekkontrakpengeluar keretaPerodua
Share307ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In