• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, June 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Saham Gamuda Naik Susulan Pengambilalihan Di Vietnam

in Catalyst
A A
Saham Gamuda Naik Susulan Pengambilalihan Di Vietnam
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) — Harga saham-saham Gamuda Bhd meningkat pada sesi awal dagangan Jumaat, didorong oleh laporan media mengenai cadangan pengambilalihan tanah kediaman dan komersial oleh Gamuda Land Sdn Bhd di Vietnam.

Pada 10.36 pagi, harga saham Gamuda naik dua sen kepada RM4.49 dengan sejumlah 668,900 saham saling berpindah tangan.

Media semalam melaporkan bahawa cabang hartanahnya, Gamuda Land telah memperoleh 100 peratus kepentingan ekuiti dalam Tam Luc Real Estate Corporation yang memiliki tanah berkeluasan 3.68 hektar di Ho Chi Minh City (HCMC) pada harga kira-kira RM1.47 bilion.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Kenanga Research, cabang penyelidikan Kenanga Investment Bank Bhd, telah mengekalkan saranan ‘outperform’ ke atas kumpulan itu susulan pengambilalihan tersebut yang dijangka memperkukuh kehadiran Gamuda di Vietnam.

“Ini adalah sebahagian daripada pelan pengembangan di Vietnam serta antara strategi projek pemulihan yang pantas dengan menumpukan usaha perancangan berterusan bagi menjana pulangan dengan potensi pelaburan dalam tempoh lima tahun,” katanya.

Sementara itu, CGS-CIMB pula menyifatkan cadangan pengambilalihan itu sebagai peluang untuk Gamuda mengukuhkan kedudukannya di HCMC berikutan projek pembangunan 82 hektar milik Celadon City – Gamuda Land, kini di peringkat akhir baki dengan nilai pembangunan kasar RM389 juta.

Projek tersebut terletak 12 kilometer dari pusat kewangan perniagaan di HCMC.

“Risiko pelaksanaan dapat dikekang kerana ini merupakan projek keenam Gamuda di Vietnam dan kesemua aspek kelulusan perancangannya juga sudah diperoleh.

“Ini membolehkan Gamuda mencapai hasrat untuk menggandakan prajualan bernilai RM4 bilion dalam tempoh satu atau dua tahun akan datang,” katanya yang membuat gesaan ‘beli’ saham Gamuda pada harga sasaran RM5.58.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaCGS-CIMBGamudapengambilalihansahamVietnam
Share246ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In