• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 30, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Hextar Bercadang Membuat Kepelbagaian Melalui Perdagangan Komoditi

in Saham
A A
Hextar Beli Nobel Group Dengan Nilai RM105 Juta Perluas Kedudukan Dalam Sektor Bahan Kimia Khusus
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Hextar Global Bhd bercadang untuk membuat kepelbagaian dalam perniagaan sedia dengan memasukkan perdagangan komoditi seperti hasil pertanian, sumber tenaga, logam, mineral dan logam berharga.

Hextar merupakan syarikat pemegangan pelaburan dengan subsidiarinya terlibat dalam pembuatan, pengedaran dan agensi agrokimia, aktiviti penyelidikan dan pembangunan; pembuatan termasuk pengedaran bahan kimia khusus serta pelaburan dalam saham dan hartanah yang dipegang untuk keuntungan modal.

Syarikat tersebut dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata memandangkan prospek mencabar bagi segmen pertaniannya dan selepas menghentikan produk dalam segmen pengguna pada Jun 2023, kumpulan itu telah mempertimbangkan perniagaan alternatif untuk mempelbagaikan sumber pendapatan dan keuntungannya dalam usahanya menambah serta mengurangkan risiko agar tidak terlalu bergantung kepada perniagaan sedia ada.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Cadangan kepelbagaian itu dicari kerana kumpulan itu menjangkakan perniagaan dagangannya menyumbang lebih daripada 25 peratus atau lebih daripada keuntungan bersih kumpulan dan/atau mengakibatkan lencongan sebanyak 25 peratus atau lebih daripada aset bersihnya pada masa hadapan, katanya.

“Langkah ini juga merupakan sebahagian daripada inisiatif strategik Hextar bagi mempelbagaikan aliran pendapatannya untuk mengurangkan kebergantungan syarikat kepada perniagaannya sedia ada dengan mengenal pasti syarikat baharu dan berdaya maju.

“Kepelbagaian ini dijangka menyumbang secara positif kepada prestasi kewangan kumpulan dan seterusnya, meningkatkan nilai pemegang saham Hextar,” katanya.

Melangkah ke hadapan, Hextar berpandangan bahawa urus niaga dalam komoditi adalah berskala dan menawarkan potensi pertumbuhan hasil masa depan yang lebih tinggi untuk kumpulan.

“Sejumlah komoditi yang boleh didagangkan memberi peluang kepada kumpulan untuk melaksanakan dagangan selaras dengan jangkaan pergerakan harga masa depan komoditi. Sebagai permulaan, langkah berkenaan akan membolehkan Hextar bertapak dalam industri durian.

“Dengan mempertimbangkan semua aspek yang berkaitan, termasuk gambaran keseluruhan dan prospek perdagangan pasaran komoditi di Malaysia serta industri durian di Malaysia dan China, Lembaga Pengarah optimistik dengan berhati-hati terhadap prospek masa depan kumpulan,” katanya lagi.

— BERNAMA

Tags: Durianhextarkepelbagaiankomoditi
Share218ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In