• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, November 9, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Gamuda Kembangkan Operasi Di Vietnam Melalui Pengambilalihan Bernilai RM1.47 Bilion

in Catalyst
A A
Gamuda Catat Keuntungan Bersih Tertinggi Sebanyak RM806 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Gamuda Bhd mengumumkan cabang hartanahnya, Gamuda Land Sdn Bhd, bercadang mengambil alih 100 peratus kepentingan dalam Tam Luc Real Estate Corporation pada harga 7.2 trilion dong Vietnam (kira-kira RM1.47 bilion) sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangannya di Vietnam.

Bagi tujuan itu, subanak syarikat asing milik penuh Gamuda Land, iaitu Syarikat Van Lam Investment Limited (Ltd), Truong Tin Construction and Housing Trading Company Ltd dan Gamuda Land Nam Viet Investment Company Ltd telah memeterai perjanjian pemindahan saham dengan vendor, Nguyen Hong Giang, Nguyen Van Viet dan Dang Thi Dung, yang memiliki syarikat itu secara kolektif.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Gamuda berkata pengambilalihan itu akan dibiayai melalui dana yang dijana secara dalaman (42 peratus) dan pinjaman (58 peratus).

Tam Luc Real Estate ialah syarikat induk yang memiliki projek di tanah seluas 3.7 hektar di Tam Luc City. Projek itu adalah untuk unit-unit kediaman dan komersial.

“Cadangan pengambilalihan itu selaras dengan hasrat Gamuda Land yang menekankan projek-projek antarabangsa dalam portfolionya, yang menyumbang dua pertiga daripada jualan hartanahnya pada tahun kewangan 2022.

 “Strategi ini telah menyaksikan kumpulan melalui prospek ekonomi yang mencabar bagi suku kebelakangan ini, menyediakan garis hasil yang stabil dalam keadaan sentimen yang lebih lemah dan turun naik mata wang dalam pasaran domestik,” katanya.

Dengan nilai pembangunan kasar RM5.1 bilion, cadangan pengambilalihan itu ditetapkan untuk menyumbang kepada pendapatan kumpulan dalam tempoh lima tahun akan datang.

— BERNAMA 

Tags: GamudapengambilalihanTam Luc CityVietnam
Share216ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In