fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 17, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

CelcomDigi Jalin Kerjasama Dengan Huawei, ZTE Untuk Integrasi, Modenisasi Rangkaian

in Catalyst
A A
Untung Bersih CelcomDigi Meningkat Kepada RM317.92 Juta, Umum Dividen 3.2 Sen
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) — CelcomDigi Bhd menjalin kerjasama dengan Huawei Technologies (Malaysia) dan ZTE (Malaysia) Corporation Sdn Bhd untuk pembelian perkhidmatan rangkaian, penyelesaian dan peralatan bagi projek integrasi dan modernisasi rangkaian di seluruh negara.

Langkah ini menandakan salah satu projek penggunaan rangkaian telekomunikasi terbesar di negara ini berikutan penggabungan Celcom dan Digi pada Disember 2022.

Berkaitan

Anak Syarikat Pekat Group Peroleh Kontrak Bernilai RM135.24 Juta Daripada TNB

Ulasan Keputusan: Duopharma Biotech [$DPHARMA] 16 Mei 2025

Dialog Group Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM134.96 Juta

Syarikat itu telah memulakan program berskala penuh untuk membina rangkaian digital masa depan Malaysia dengan menyepadukan dan memodenkan rangkaian 4G terbesar di negara ini dengan teknologi LTE (evolusi jangka panjang) dan teknologi sedia 5G terkini.

“Usaha ini akan melibatkan kerja penambahbaikan dan integrasi  hampir 25,000 tapak Celcom dan Digi yang sedia ada di seluruh negara. Ia juga melibatkan seramai 800 jurutera yang terdiri daripada jurutera tempatan yang mahir serta pekerja yang berkemahiran dalam  R&D dan lebih daripada 250 pasukan kontraktor yang khusus dalam  kerja pemasangan di seluruh negara, semua menyumbang ke arah membina ekosistem dan ekonomi digital negara,” kata CelcomDigi dalam satu kenyataan hari ini.

Di bawah perjanjian tersebut, CelcomDigi akan memodenisasikan Rangkaian Akses Radio (RAN) dengan teknologi terkini yang terdiri daripada perkhidmatan kejuruteraan dan pengoptimuman hujung ke hujung daripada Huawei dan ZTE.

“Ini akan menawarkan  throughput yang lebih tinggi serta memberi liputan rangkaian yang lebih luas, bagi menyediakankan pengalaman pengguna yang lebih baik, boleh dipercayai, stabil dengan konsistensi yang lebih tinggi.

“Penyelesaian teknologi ini akan memanfaatkan spektrum sedia ada CelcomDigi, menggunakan Tri-band Radio Units, Dualband Radio Units serta Baseband Radio Units yang terkini,” katanya.

Ia berkata ini akan disokong dengan teknologi terkini yang membolehkan jejak tapak dan penggunaan kuasa yang lebih rendah serta kos efisien. Huawei dan ZTE juga akan menguruskan projek network densification serta kerja menaik taraf tapak dengan teknologi Dual Band Massive MIMO 32T32R yang boleh meningkatkan kapasiti rangkaian.

Selain itu, CelcomDigi juga akan menggunakan Intelligent Network Monitoring bagi memastikan operasi dan penyelenggaraan rangkaian yang efisien, yang akan meningkatkan kualiti perkhidmatan analisis CelcomDigi dan tindak balas dinamik yang kukuh dalam mengurus makluman rangkaian.

Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi Datuk Idham Nawawi berkata rangkaian baharu ini direka supaya dapat beralih ke rangkaian 5G dengan 18,000 tapak –  satu infrastruktur yang diperlukan untuk Malaysia menuju ke era kelajuan ultra tinggi, latensi rendah serta pelbagai peluang untuk masa depan yang lebih terhubung.

“Ini merupakan pencapaian yang penting buat CelcomDigi serta industri, dan kami berasa teruja untuk menjadi peneraju industri dengan kerjasama strategik Huawei dan ZTE – untuk merealisasikan potensi masa depan digital kami,” katanya.

— BERNAMA

Tags: CelcomDigiHuaweiintegrasi rangkaianprojek modenisasiZTE
Share226ShareSend

Related Posts

Pekat Cadang Ambil Alih 60 Peratus Kepentingan Dalam Apex Power Pada Harga RM96 Juta
Catalyst

Anak Syarikat Pekat Group Peroleh Kontrak Bernilai RM135.24 Juta Daripada TNB

17 hours ago
Ulasan Keputusan: Duopharma Biotech [$DPHARMA] 16 Mei 2025
Catalyst

Ulasan Keputusan: Duopharma Biotech [$DPHARMA] 16 Mei 2025

19 hours ago
Untung Bersih Suku Ketiga Dialog Susut Kepada RM133.07 Juta
Catalyst

Dialog Group Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM134.96 Juta

1 day ago
Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?
Catalyst

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

2 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In