• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 18, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

IJM, FMM Elmina Jalin Perkongsian Bangun Dua Hab Logistik Di Shah Alam

in Catalyst
A A
IJM Dapat Kontrak RM653.6 Juta Bina Hab Logistik Antarabangsa Shah Alam
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) — IJM Corporation Bhd (IJM) menjalinkan perkongsian dengan FMM Elmina Sdn Bhd untuk membangunkan dua hab logistik canggih di kawasan berukuran 8.9 hektar di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor.

Menurut IJM anak syarikat milik penuhnya, IJM RE Sdn Bhd menandatangani perjanjian langganan dan pemegang saham dengan FMM Elmina — syarikat milik Tan Sri Teo Chiang Hong, Mettiz Capital Sdn Bhd dan Minlon Sdn Bhd — untuk menubuhkan syarikat usaha sama 50:50, Exio Logistics Sdn Bhd, bagi tujuan itu.

Ini menandakan pembangunan hartanah perindustrian pertama IJM di Lembah Klang.

“Menerusi ruang lantai 500,000 kaki persegi dan kapasiti 110,000 kedudukan palet, hab itu akan menawarkan penyelesaian perindustrian dan logistik yang cekap dengan ciri kepakaran berkelas dunia dan hijau mampan,” menurut IJM dalam kenyataan pada Isnin.

Hab logistik itu akan dipajakkan sepenuhnya kepada Storio Sdn Bhd, pengendali dan penyewa induk.

Storio dimiliki oleh pemegang saham FMM Elmina.

“IJM akan memanfaatkan kepakaran dalam pembangunan dan pembinaan infrastruktur untuk mengetuai pembinaan hab logistik ini. Kemudahan itu akan direka bentuk untuk memenuhi kriteria kemampanan yang tinggi termasuk mencapai penarafan perak GreenRE tempatan.

“Komitmen kukuh terhadap kemampanan dengan reka bentuk cekap tenaga digabungkan dengan ciri yang menggalakkan penjimatan tenaga serta tanggungjawab alam sekitar akan dibuktikan menerusi hab logistik ini,” tambah IJM.

IJM memaklumkan kerja-kerja reka bentuk dan pembangunan hab logistik ini sedang dilaksanakan manakala pembinaannya dijadualkan bermula awal 2024.

Pada majlis pemeteraian perjanjian pada Isnin, rakan kongsi usaha sama itu juga menandatangani perjanjian beli dan jual dengan Sime Darby Property (City of Elmina) Sdn Bhd untuk membeli kawasan berukuran 8.9 hektar itu.

— BERNAMA

Tags: FMM Elminahab logistikIJM Corp
Share264ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In