• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pada Sesi Awal Dagangan

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini, disokong oleh permintaan belian dalam saham mewah, diterajui kaunter produk dan perkhidmatan pengguna selain sejajar dengan prestasi bursa serantau lain yang kebanyakannya positif.

Pada  9.33 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.98 mata kepada 1,399.04 daripada 1,398.06 pada penutup Rabu.

Indeks utama dibuka pada 1,401.10, mengukuh 3.04 mata.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 277 berbalas 208, manakala 283 kaunter tidak berubah, 1,488 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 535.62 juta unit bernilai RM217.11 juta.

Menurut Malacca Securities, data inflasi AS yang lebih lemah diunjur memberi dorongan jangka pendek untuk peningkatan selanjutnya bagi pasaran ekuiti, manakala pengukuhan harga minyak mentah akan menyaksikan minat dagangan yang lebih besar dalam sektor tenaga pada masa hadapan.

Ia menambah pasaran tempatan kekal optimis pada Rabu kerana indeks utama telah menghampiri tahap 1,400 psikologi berdasarkan data ekonomi yang begitu menyakinkan.

Sementara itu, dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Tenaga Nasional tidak berubah, masing-masing mencatatkan harga RM8.75 dan RM9.03, Public Bank dan CIMB mengukuh 2.0 sen setiap satu kepada RM3.89 dan RM5.24 manakala IHH Healthcare susut 3.0 sen menjadi RM5.92.

Bagi saham aktif, KNM Group kekal pada 8.5 sen, Sarawak Consolidated turun 1.5 sen menjadi 48 sen manakala AHB Holdings dan Hong Seng masing-masing menambah 1.0 sen kepada 15 sen dan 9.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menokok 11.77 mata kepada 10,312.12, Indeks FBMT 100 mengukuh 9.67 mata pada 9,999.86 dan Indeks FBM ACE susut 5.87 mata kepada 5,215.40.

Indeks FBM 70 meningkat 24.63 mata kepada 13,579.49 manakala Indeks FBM Emas Syariah lebih tinggi 0.33 mata kepada 10,602.84.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan memperoleh 47.91 mata kepada 15,545.19, Indeks Perladangan susut 1.10 mata menjadi 6,894.93, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.51 mata kepada 160.75, manakala Indeks Tenaga meningkat 3.08 mata kepada 804.47.

— BERNAMA

Tags: Bursa Malaysiadata inflasi ASMalacca Securitiespembukaan
Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In