• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Scientex Lestari Beli Tanah Bernilai RM299.84 Juta Di Johor

in Catalyst
A A
Scientex Teroka Sektor Rumah Mampu Milik Di Indonesia
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) — Scientex Lestari Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung Scientex Bhd (Scientex), telah memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan Seriemas Development Sdn Bhd untuk membeli enam bidang tanah pegangan kekal yang terletak di Kulai, Johor, bernilai RM299.84 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Scientex berkata cadangan pembelian itu akan meningkatkan jumlah simpanan tanah sedia ada syarikat pada kos pembelian yang munasabah.

Ia merancang untuk membangunkan tanah itu menjadi pembangunan hartanah bercampur yang terdiri daripada kira-kira 7,000 rumah mampu milik.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Pertambahan jumlah simpanan tanah itu juga selaras dengan matlamat Kumpulan Syarikat Scientex (Scientex Group) untuk membina lebih banyak rumah mampu milik bagi memenuhi objektif kumpulan itu dalam menyiapkan 50,000 rumah mampu milik di seluruh negara menjelang 2028.

“Tanah itu dijangka menyediakan model pembangunan hartanah yang mantap dan mampan berikutan Scientex Group terus memberi tumpuan kepada hartanah bertanah dengan harga mampu milik yang mempunyai permintaan yang teguh dan berdaya tahan,” katanya.

Scientex berkata bahawa cadangan pembelian itu tidak akan memberi sebarang kesan material ke atas kadar tahap hutang Scientex Group untuk tahun kewangan berakhir 31 Julai 2023 dan 31 Julai 2024.

— BERNAMA

Tags: pembelianScientexSeriemas Developmenttanah
Share251ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In