• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 16, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

EPMB Dapat Kelulusan MITI Untuk Lesen Pembuatan EV Empat Roda

in Catalyst
A A
EPMB Dapat Kelulusan MITI Untuk Lesen Pembuatan EV Empat Roda
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) — EP Manufacturing Bhd (EPMB) telah mendapat kelulusan bersyarat Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) untuk lesen pembuatan serta pemasangan kenderaan cekap tenaga (EEV) empat roda, kenderaan penumpang elektrik (EV) dan kenderaan komersial elektrik.

Syarikat  itu dalam satu kenyataan berkata anak syarikat milik penuhnya Peps-JV (Melaka) Sdn Bhd (PJVM) telah menerima anugerah tersebut, tertakluk kepada syarat yang perlu dipenuhinya dalam tempoh enam bulan daripada surat kelulusan.

EPMB ialah syarikat pemegangan pelaburan yang disenaraikan di Pasaran Utama dengan operasi dalam perniagaan automotif. 

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Lesen ini akan membolehkan PJVM membangunkan kilang pembuatan bagi memasang EEV, EV dan produk berkaitan lain.

“Pengembangan ini akan membuka peluang perniagaan baharu untuk pendapatan serta pertumbuhan perniagaan sambil menyelaraskan perniagaan dengan inisiatif kemampanan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPMB Ahmad Razlan Mohamed berkata syarikat komited untuk memenuhi syarat Miti dalam tempoh yang ditetapkan.

“Kumpulan itu merancang menubuhkan kilang pembuatan tercanggih di Pegoh, Melaka bagi mempercepatkan lagi penerokaan kami ke dalam pasaran ini,” katanya.

Inisiatif berkenaan akan memacu pertumbuhan perniagaan dan juga menyokong aspirasi serta wawasan masa depan yang lebih mesra alam.

— BERNAMA

Tags: EPMBMITIpembuatanPJVM
Share337ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In