• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Dagangan Bursa Malaysia Terus Meningkat, Prestasi Wall Street Turut Menggalakkan

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) — Dagangan Bursa Malaysia terus meningkat dan dibuka lebih tinggi pada hari Selasa, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang menggalakkan.

Pelabur juga dilihat memberi tumpuan kepada Indeks Harga Pengguna Amerika Syarikat (AS) dan data Indeks Harga Pengeluar AS yang bakal diumumkan selain permulaan musim pendapatan korporat.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.32 mata kepada 1,385.38 daripada 1,383.06 pada penutup Isnin.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Indeks utama dibuka rendah 3.03 mata pada 1,386.09.

Pergerakan harga di pasaran positif menyaksikan kaunter untung mengatasi rugi 182 berbalas 113, manakala 255 kaunter tidak berubah, 1,700 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 201.47 juta unit bernilai RM84.97 juta.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng, Purata Perindustrian Dow Jones melonjak 210 mata semalaman, manakala Nasdaq meningkat 25 mata.

Di dalam negara, beliau menjangkakan FBM KLCI diniagakan dalam julat 1,375-1,385 dengan sektor telekomunikasi mengalami beberapa aktiviti memburu saham murah selepas mencatatkan penurunan berterusan minggu lepas.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Tenaga Nasional menambah satu sen kepada RM9.04, IHH Healthcare turun satu sen menjadi RM5.81 manakala Maybank, Public Bank dan CIMB, kesemuanya tidak berubah pada RM8.67, RM3.86 dan RM5.19.

Bagi saham aktif, Revenue Group, Jade Marvel dan Widad masing-masing naik satu sen kepada 26.5 sen, 23 sen dan 42.5 sen, EP Manufacturing memperoleh 16 sen kepada 87 sen manakala Tanco turun setengah sen kepada 51.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menokok 20.19 mata kepada 10,218.84, Indeks FBMT 100 menambah 19.80 mata pada 9,912.50 dan Indeks FBM ACE meningkat 13.60 mata kepada 5,172.04.

Indeks FBM 70 mengukuh 40.56 mata kepada 13,504.19 dan Indeks FBM Emas Syariah mengembang 28.59 mata kepada 10,505.79.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan memperoleh 26.81 mata kepada 15,429.16, Indeks Perladangan meningkat 27.28 mata menjadi 6,854.98, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.05 mata kepada 158.93 manakala Indeks Tenaga turun 1.22 mata kepada 805.22.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaIHPpembukaanRakuten TradeThong Pak Leng
Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In