• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, February 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

SkyWorld Mula Disenaraikan Di Pasaran Utama Bursa Malaysia

in Saham
A A
10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum memohon IPO SkyWorld
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) — SkyWorld Development Bhd memulakan kemunculan sulungnya di Pasaran Utama Bursa Malaysia hari ini pada harga 80 sen dengan sebanyak 16.43 juta saham didagangkan.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Bukan Bebas Datuk Seri Ng Thien Phing berkata pemaju itu yakin pelabur akan memanfaatkan prospek dan asas syarikat berkenaan pada masa hadapan.

“Dalam jangka panjang, kami berbincang dari segi nisbah harga kepada pendapatan (PE) sebanyak 5.5 kali. Kami melaksanakannya dengan baik. Oleh itu, kami tidak bergantung kepada penentuan masa berikutan tiada sesiapa yang boleh menyatakan bilakah masa yang tepat.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

“Seperti yang saya maklumkan, kami adalah peserta jangka panjang dan mahu membangunkan syarikat ini. Mungkin pelabur tidak memanfaatkan kami pada masa ini, tetapi saya yakin mereka akan berbuat demikian pada masa hadapan kerana kami memberi fokus kepada penciptaan nilai untuk syarikat,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyenaraian tawaran awam permulaan (IPO) itu di sini hari ini.

Menurut Ng langkah penyenaraian itu membolehkan SkyWorld menyertai platform yang lebih besar untuk meraih modal membeli lebih banyak tanah dan mengembangkan perniagaannya.

“Prospek hartanah masih cerah. Kali terakhir pertumbuhan pesat kepada hartanah adalah pada 2010 hingga 2013 dan kami melancarkan projek pertama pada 2014 yang menyaksikan pasaran dalam aliran penurunan sehingga hari ini.

“Bagaimanapun, SkyWorld masih terus melangkah ke hadapan sehingga hari ini. Kadar pembelian kami mencatat lebih 98 peratus sejak 2014 sehingga Disember 2022, membuktikan produk yang kami jual boleh disesuaikan dengan baik kepada pasaran. Oleh itu, kami melaksanakannya dengan cemerlang,” katanya.

IPO SkyWorld terdiri daripada terbitan awam sebanyak 208 juta saham baharu dan tawaran penjualan 192 juta saham sedia ada pada harga 80 sen sesaham.

Sebanyak RM100 juta atau 60.1 peratus daripada RM166.4 juta hasil yang diperoleh daripada IPO itu akan digunakan untuk membeli tanah bagi tujuan pembangunan.

Sejumlah 21.2 peratus dan 12 peratus lagi diperuntukkan untuk modal kerja bagi pembangunan projek dan pembayaran balik pinjaman bank, manakala baki 6.7 peratus akan digunakan untuk perbelanjaan berkaitan IPO.

Kumpulan itu menyasarkan untuk melancarkan 10 pembangunan baharu menjelang 2026 dan berkembang di peringkat serantau ke Ho Chi Minh, Vietnam.

Pada masa ini kumpulan itu memiliki 22.5 hektar simpanan tanah.

— BERNAMA 

Tags: hartanahIPOnisbah PESkyWorld
Share240ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

7 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

7 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

7 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In