• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Ecomate Selesai Pindah Ke Pasaran Utama Bursa Malysia, Rancang Bina Kilang Baharu

in Catalyst
A A
Ecomate Selesai Pindah Ke Pasaran Utama Bursa Malysia, Rancang Bina Kilang Baharu
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) — Ecomate Holdings Bhd, yang selesai memindahkan penyenaraiannya ke Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities, merancang untuk memulakan pembinaan kemudahan baharu, kilang C, di Taman Perindustrian Perabot Muar, Johor pada suku keempat 2023.

Pengarah Urusan, Jason Koh menjangkakan kilang C itu beroperasi pada suku keempat 2024 dan dijangka menempatkan sehingga tiga barisan pengeluaran tambahan yang akan meningkatkan kapasiti pengeluaran sebanyak 237,600 unit daripada kapasiti tahunan semasa berjumlah 475,200 unit.

“Menjelang akhir 2024, jumlah pengeluaran terpasang kami akan meningkat sebanyak 50 peratus kepada 712,800 unit setahun.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Kami bersedia untuk memanfaatkan sebarang peluang perniagaan baharu yang mungkin wujud daripada pemulihan sentimen pengguna dan keupayaan perbelanjaan di peringkat global, terutama untuk produk perabot,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Ecomate menjalankan aktiviti terutama dalam pengeluaran produk perabot sedia untuk dipasang, dengan melakukan reka bentuk dan pembangunan, pengeluaran, pemasaran serta penjualan perabot ruang tamu, bilik tidur dan jenis perabot lain.

Penyenaraian dan sebut harga bagi keseluruhan modal saham terbitan Ecomate sebanyak 358,025,834 saham biasa telah dipindahkan dari Pasaran ACE ke Pasaran Utama berkuat kuasa mulai pukul 9 pagi tadi.

Koh berkata penyenaraian syarikat di Pasaran Utama bukan sahaja mencerminkan kemampanan operasi malah juga akan membantu meningkatkan pengiktirafan dan minat pelabur terhadap syarikat, terutama daripada pelabur institusi, yang seterusnya akan meningkatkan daya tarikan dan kebolehpasaran saham Ecomate.

“Ini juga akan meningkatkan kedudukan dan kredibiliti kami dalam kalangan pelanggan, pembekal, rakan kongsi perniagaan, sekutu perniagaan, bank-bank serta para pekerja kami, yang telah kami berusaha untuk mengekalkan mereka sejak penyenaraian kami di Pasaran ACE pada 8 Nov, 2021,” katanya.

Pada pukul 11.24 pagi, harga saham Ecomate susut 3.5 sen kepada 71.5 sen dengan 251,600 saham bertukar tangan.

— BERNAMA

Tags: Bursa Malaysia SecuritiesEcomateJason KohPasaran Utamapemindahanpenyenaraianprospeksaham biasa
Share233ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In