• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, May 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Wall Street Turut Lemah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 7 Julai  (Bernama) —  Bursa Malaysia dibuka rendah pagi Jumaat berikutan prestasi negatif Wall Street semalaman selepas peniaga menjangkakan data senarai gaji bukan ladang AS yang lebih tinggi untuk bulan Jun boleh mendorong Rizab Persekutuan AS menaikkan kadar.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.92 mata kepada 1,383.03 daripada 1,385.95 pada penutupan Khamis.

Indeks utama dibuka pada paras 1,382.20, lemah 3.75 mata.

Pergerakan harga di pasaran keseluruhan menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 178 berbalas 97, manakala 218 kaunter tidak berubah, 1,767 tidak diniagakan dan 28 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 142.91 juta unit bernilai RM57.17 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Purata Perindustrian Dow Jones semalaman kerugian 366 mata manakala Nasdaq merosot 113 mata apabila hasil 10 tahun AS melepasi paras empat peratus kepada 4.031 peratus.

Beliau berkata Indeks Hang Seng semalaman pula merosot teruk sebanyak 577 mata selepas minit Rizab Persekutuan membayangkan lebih banyak kenaikan kadar selain tanda-tanda kelembapan ekonomi China yang menyaksikan yuan lemah berbanding dolar AS.

“Di dalam negara, FBM KLCI ditutup lemah di tengah-tengah prestasi serantau yang kurang menggalakkan walaupun Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) seperti yang dijangkakan.

“Kami berpendapat dagangan di bursa tempatan akan bergerak lesu hari ini berikutan penutupan lemah di Wall Street, justeru kami menjangkakan indeks berlegar dalam julat 1,380-1,390,” katanya kepada Bernama.

Beliau percaya saham teknologi mungkin menyaksikan beberapa masalah berikutan persekitaran kadar faedah yang lebih tinggi di AS pada masa hadapan.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Public Bank dan IHH Healthcare menambah satu sen setiap satu kepada RM3.89 dan RM5.81, Maybank dan CIMB masing-masing turun tiga sen kepada RM8.70 dan RM5.18 manakala Tenaga Nasional susut dua sen kepada RM9.05. 

Bagi saham aktif, Bahvest Resources naik satu sen kepada 23.5 sen, Catcha Digital peroleh 3.5 sen menjadi 28 sen, EA Holdings susut setengah sen kepada setengah sen manakala Sarawak Consolidated dan Tanco tidak berubah, masing-masing mencatatkan 46.5 sen dan 53.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas lemah 23.31 mata kepada 10,197.92, Indeks FBMT 100 turun 23.57 mata menjadi 9,893.06 dan Indeks FBM ACE lebih rendah 0.41 mata kepada 5,136.14.

Indeks FBM 70 menguncup 43.46 mata kepada 13,466.72 dan Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 24.65 mata kepada 10,451.69.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 24.72 mata kepada 15,449.48, Indeks Tenaga meningkat 0.89 mata kepada 793.05, Indeks Perladangan susut 7.77 mata kepada 6,853.60 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.69 mata menjadi 157.17.

— BERNAMA


Tags: pembukaanTAG: Bursa MalaysiaThong Pak Leng
Share237ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In