• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang lemah berikutan minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan Amerika Syarikat (AS) pada Jun memberi petunjuk kepada lebih banyak kenaikan kadar pada akhir tahun ini.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.90 mata kepada 1,387.00 daripada 1,389.90 pada Rabu.

Indeks utama dibuka rendah 0.19 mata kepada 1,389.71.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Suasana pasaran negatif berikutan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 167 berbanding 115 manakala 227 kaunter tidak berubah, 1,737 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 168.75 juta unit bernilai RM84.15 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street meneruskan dagangan dalam sentimen lemah berikutan minit mesyuarat Fed menunjukkan bahawa akan ada lebih banyak kenaikan kadar pada masa depan walaupun data terkini menunjukkan pesanan kilang yang lebih rendah daripada jangkaan pada Mei.

Dow Jones Industrial Average merosot 0.38 peratus semalaman manakala Nasdaq susut 0.18 peratus berikutan hasil 10 tahun AS yang semakin hampir kepada paras empat peratus pada 3.934 peratus.

Di Hong Kong, Indeks Hang Seng merosot 1.11 peratus pada pagi Khamis berikutan penurunan taraf terhadap beberapa bank utama oleh Goldman Sachs.

“Sentimen semakin merosot berikutan AS dan China yang terus bertelagah dalam sektor teknologi boleh menjejaskan pembangunan industri,” katanya kepada Bernama. 

Dalam negara, Thong berkata FBM KLCI ditutup rendah semalam berikutan jualan meningkat menjelang ditutup.

“Ia menarik apabila didapati saham perladangan secara diam mengekalkan aliran meningkat kepada paras tertinggi dalam tempoh sebulan mencerminkan peningkatan semula baru-baru ini untuk harga minyak sawit mentah yang kini melebihi paras RM3,900 satu tan atau paras tertinggi dalam tempoh tiga bulan.

“Walaupun tarikh pilihan raya negeri yang ditetapkan pada 12 Ogos dijangka mengurangkan beberapa tahap ketidaktentuan kepada pasaran, kami menjangka sentimen akan kekal berhati-hati, justeru, mengunjurkan indeks akan diniagakan dalam julat 1,385-1,405 hari ini,” katanya. 

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, IHH Healthcare menambah satu sen kepada RM5.84, Maybank berkurangan satu sen kepada RM8.69, Public Bank merosot tiga sen kepada RM3.87, CIMB susut dua sen kepada RM5.16 dan Tenaga Nasional merosot empat sen kepada RM9.04.  

Daripada saham aktif, Jade Marvel naik 1.5 sen kepada 22.5 sen, Artroniq berkurangan 5.5 sen kepada 72 sen manakala Tanco, Cypark Resources dan Sarawak Consolidated, masing-masing tidak berubah pada 52.5 sen, 80.5 sen dan 47.5 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 17.71 mata kepada 10,233.81, Indeks FBMT 100 berkurangan 17.84 mata kepada 9,927.55, Indeks FBM ACE menambah 4.02 mata kepada 5,169.39, Indeks FBM 70 susut 12.05 mata kepada 13,539.42 dan Indeks FBM Emas Shariah jatuh 17.79 mata kepada 10,513.54.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 25.02 mata kepada 15,439.51, Indeks Tenaga berkurangan 1.16 mata kepada 797.01, Indeks Perladangan susut 31.41 mata kepada 6,884.76 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan berkurangan 0.66 mata kepada 158.31.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaFOMC ASThong Pak Leng
Share215ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In