• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Menjelang Keputusan OPR Oleh BNM

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) —  Bursa Malaysia memulakan dagangan pagi ini tinggi sedikit menjelang keputusan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) esok.

Pada 9.21 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) memperoleh 0.81 mata untuk mencatatkan paras 1,393.30 berbanding 1,392.49 pada penutup Selasa.

Indeks utama dibuka pada 1,392.38, susut sedikit 0.11 mata.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Pergerakan pasaran secara keseluruhan positif dengan kaunter untung mengatasi rugi 192 berbalas 164, manakala 249 kaunter tidak berubah, 1,630 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 327.70 juta unit bernilai RM129.37 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng menjangkakan sentimen pasaran akan kekal berhati-hati menjelang keputusan OPR, walaupun BNM diunjur mengekalkan kadar pada paras semasa.

“Oleh itu, kami meramalkan indeks bergerak dalam julat 1,390-1,400 hari ini dengan menjangkakan minat dalam sektor kewangan dan telekomunikasi,” katanya kepada Bernama.

Thong berkata menaikkan OPR akan memberi kesan negatif kepada pasaran saham kerana kos menjalankan perniagaan akan meningkat disebabkan oleh kadar faedah yang lebih tinggi, manakala OPR yang lebih rendah secara tidak langsung akan membantu meningkatkan prestasi pasaran saham.

Sementara itu, dalam nota penyelidikan semalam, OCBC Bank menjangka BNM mengekalkan OPR pada tiga peratus di tengah-tengah momentum pertumbuhan yang perlahan dan tekanan inflasi yang semakin mereda.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank masing-masing menambah satu sen kepada RM8.71 dan RM3.92, CIMB turun dua sen menjadi RM5.18 manakala Tenaga Nasional dan IHH Healthcare tidak berubah pada harga RM9.13 dan RM5.83.

Bagi saham aktif, Parkson peroleh 2.5 sen kepada 21.5 sen, Ahmad Zaki meningkat setengah sen kepada 25.5 sen, Naim Holdings turun 1.5 sen kepada 87 sen sementara BTM Resources dan Tanco kekal, masing-masing pada sembilan sen dan 51.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 7.64 mata kepada 10,266.46, Indeks FBMT 100 naik 6.71 mata menjadi 9,962.51 dan Indeks FBM ACE menambah 14.35 mata kepada 5,109.22.

Indeks FBM 70 turut peroleh 13.20 mata kepada 13,544.30 dan Indeks FBM Emas Syariah meningkat 10 mata kepada 10,540.38.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan mengukuh 17.22 mata kepada 15,500.39, Indeks Tenaga memperoleh 3.25 mata untuk mencatatkan paras 795.66, Indeks Perladangan menokok 3.32 mata kepada 6,833.06 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meraih 0.30 mata kepada 159.10.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaOPRpembukaanThong Pak Leng
Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In