• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Rendah Sedikit Pada Sesi Pembukaan Dagangan

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) — Dagangan Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit hari ini walaupun Wall Street mempamerkan kenaikan semalaman menjelang cuti umum Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat (AS) hari ini, kata seorang penganalisis.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.44 mata kepada 1,394.45 daripada 1,395.89 pada penutup Isnin.

Indeks utama susut 2.33 mata pada pembukaan untuk mencatatkan paras 1,393.56.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Pasaran yang lebih luas menyaksikan kaunter rugi mendahului kaunter untung 137 berbalas 131, manakala 220 kaunter tidak berubah, 1,757 tidak diniagakan dan 27 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 129.63 juta unit bernilai RM61.16 juta.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng, keuntungan yang diraih kebanyakannya dilonjakkan oleh saham berkaitan kecerdasan buatan apabila Nasdaq menambah 29 mata manakala Purata Perindustrian Dow Jones naik 11 mata walaupun hasil 10 tahun AS ditutup lebih tinggi pada 3.858 peratus.

Di dalam negara pula, beliau berkata FBM KLCI menambah 19 mata kepada hampir 1,400 semalam dirangsang oleh belian meluas melibatkan saham wajaran tinggi di tengah-tengah prestasi serantau yang lebih kukuh.

“Kami menjangkakan FBM KLCI berada dalam aliran julat 1,395-1,405 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Tenaga Nasional menambah satu sen kepada RM9.11, Maybank dan CIMB masing-masing susut satu sen menjadi RM8.74 dan RM5.15 manakala Public Bank lemah tiga sen kepada RM3.91dan IHH Healthcare tidak berubah pada RM5.88. 

Bagi saham aktif, G Capital menambah lapan sen kepada 53.5 sen, Computer Forms menambah satu sen kepada 19 sen, Bumi Armada kehilangan satu sen menjadi 49 sen manakala Tanco dan MAG Holdings tidak berubah pada 52 sen dan 20 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 7.40 mata kepada 10,265.15, Indeks FBMT 100 pula 8.01 mata lebih rendah pada 9,966.29 dan Indeks FBM ACE kerugian 5.30 mata untuk mencatatkan paras 5,110.28.

  Indeks FBM 70 menguncup 1.13 mata kepada 13,530.50 tetapi Indeks FBM Emas Syariah peroleh 8.28 mata kepada 10,543.16.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 38.96 mata kepada 15,479.12 dan Indeks Tenaga berkurangan 2.15 mata kepada 785.99.

Bagaimanapun, Indeks Perladangan menokok 28.21 mata kepada 6,855.69 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.12 mata menjadi 158.78.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiapembukaanThong Pak LengWall Street
Share204ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In