fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 24, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

KGW Group Sasar Kumpul RM16.73 Juta Melalui IPO

in Saham
A A
KGW Group Sasar Kumpul RM16.73 Juta Melalui IPO
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) — Penyedia perkhidmatan logistik, KGW Group Bhd berhasrat mengumpul sejumlah RM16.73 juta daripada pelaksanaan tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran ACE Bursa Malaysia menjelang 1 Ogos 2023. 

Sebanyak 79.66 juta saham baharu sebagai terbitan awam disediakan pada harga 21 sen sesaham untuk membiayai pelan pengembangan kumpulan itu. 

Hasil daripada pelaksanaan IPO akan digunakan bagi membayar balik pinjaman bank sebanyak RM10 juta, pengubahsuaian bangunan pejabat tiga tingkat kumpulan dan gudang dua tingkat bersebelahan (RM2 juta), modal kerja (RM730,000) dan perbelanjaan penyenaraian (RM4 juta).

Berkaitan

Eco Shop Dibuka Naik 10% Ketika Penyenaraian, Berbanding Tawaran IPO Pada RM1.13

Ulasan Keputusan: UEM Sunrise [23 Mei 2025]

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Pada Awal Dagangan

Pengarah Urusan Kumpulan KGW, Datuk Roger Wong berkata kumpulan itu merancang untuk mengembangkan perniagaannya di pasaran geografi lain walaupun mempunyai kedudukan yang mantap dalam pasaran Amerika Syarikat (AS). 

“Kami akan terus mengembangkan pasaran AS kerana ia merupakan pasaran yang besar. Melangkah ke hadapan, kami juga mahu meluaskan tapak di pasaran Asia seperti China, Timur Tengah termasuk Amerika Utara dan Selatan,” katanya kepada media selepas melancarkan prospektus KGW hari ini. 

Kumpulan itu juga merancang untuk mengembangkan jabatan jualan dan pemasarannya dengan menubuhkan pasukan pembangunan perniagaan antarabangsa sebagai salah satu strategi utamanya dalam pengembangan. 

“Kami adalah penyedia logistik ringan aset yang memiliki kepakaran dalam mengurus serta menyelaraskan pergerakan barangan dalam rantaian bekalan. 

“Daripada memiliki aset pengangkutan fizikal seperti kapal, kereta api dan pesawat, kami memberi tumpuan kepada menyediakan perkhidmatan yang lebih bernilai kepada pelanggan kami dalam memudahkan keseluruhan proses penghantaran mereka dengan memanfaatkan perkongsian dan kerjasama dengan pengendali pengangkutan sedia ada,” katanya. 

Kumpulan itu dijangka mempunyai permodalan pasaran yang diperbesarkan sebanyak RM101 juta dalam penyenaraian. 

Sebahagian terbitan awam IPO akan disediakan bermula hari ini. Ia ditutup pada 5 petang, 18 Julai depan.

TA Securities ialah penasihat utama, penaja, penaja jamin dan ejen penempatan bagi pelaksanaan IPO manakala Eco Asia menjadi penasihat kewangan.

— BERNAMA

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: Bursa MalaysiaKGW GroupLogistikpasaran ACE
Share272ShareSend

Related Posts

10 Perkara Kena Tahu Sebelum Memohon IPO Eco-Shop Marketing Berhad
Saham

Eco Shop Dibuka Naik 10% Ketika Penyenaraian, Berbanding Tawaran IPO Pada RM1.13

11 hours ago
Ulasan Keputusan: UEM Sunrise [23 Mei 2025]
Asas Saham

Ulasan Keputusan: UEM Sunrise [23 Mei 2025]

13 hours ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Pada Awal Dagangan

15 hours ago
AAB Akan Bayar RM8 Juta Kepada AAX Bagi Perjanjian Pajakan Tambahan Pesawat
Catalyst

AirAsia Meterai RM99.5 Juta Kontrak Perkhidmatan Carter Dengan Angkatan Tentera Malaysia

1 day ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In