• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ambil Petunjuk Prestasi Kukuh Wall Street, Mulakan Dagangan Tinggi Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global


KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, mengambil petunjuk daripada prestasi lebih baik Wall Street, diterajui oleh sektor-sektor teknologi besar, kata seorang penganalisis.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.91 mata kepada 1,381.59 daripada 1,376.68 pada penutup Jumaat.

Indeks utama dibuka 2.71 mata lebih baik pada 1,379.39.

Pergerakan harga di pasaran positif menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 177 berbalas 114, manakala 252 kaunter tidak berubah, 1,715 tidak diniagakan dan 40 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 228.81 juta unit bernilai RM87.32 juta.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Eekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng, sentimen telah berubah menjadi berhati-hati kerana peniaga menjangkakan keadaan tidak menentu akan terus meningkat.

Beliau berkata Purata Perindustrian Dow Jones memperoleh 285 mata manakala Nasdaq melonjak 196 mata walaupun hasil 10 tahun AS berakhir melebihi paras 3.8 peratus pada 3.841 peratus.

Thong berkata Indeks Hang Seng Hong Kong ditutup rendah sedikit kerana aktiviti ekonomi masih lesu selepas sektor pembuatan China menguncup manakala permintaan pinjaman menyusut pada suku kedua.

“Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia dijadual bermesyuarat pada Rabu dan Khamis ini. Walaupun kami percaya kadar dasar semalaman (OPR) tidak akan diselaraskan minggu ini, sentimen dijangka kekal rapuh.

“Justeru, indeks utama diunjur berlegar dalam julat 1,370-1,380 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank masing-masing menambah empat sen kepada RM8.67 dan RM3.89, CIMB dan IHH Healthcare kedua-duanya naik dua sen menjadi RM5.08 dan RM5.91 manakala Tenaga Nasional tidak berubah pada RM9.05. 

Bagi saham aktif, BTM Resources meningkat satu sen kepada 10 sen, Tanco dan Jade Marvel masing-masing lebih tinggi setengah sen kepada 58 sen dan 21.5 sen, Cypark Resources susut tiga sen kepada 72 sen dan PT Resources lemah satu sen menjadi 53 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengukuh 31.73 mata kepada 10,173.07, Indeks FBMT 100 meraih 31.29 mata kepada 9,875.29 sementara Indeks FBM ACE meningkat 19.85 mata kepada 5,087.87.

Indeks FBM Emas Syariah meraih 20.37 mata kepada 10,435.24 dan Indeks FBM 70 memperoleh 26.27 mata kepada 13,410.85.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 62.52 mata kepada 15,395.39, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.34 mata menjadi 157.26 dan Indeks Tenaga mengembang 2.02 mata kepada 776.11.

Bagaimanapun, Indeks Perladangan susut 3.18 mata kepada 6,695.47.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiapembukaanThong Pak LengWall Street
Share216ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In