“Kemeriahan IPO diteruskan lagi pada bulan Julai 2023”
Satu lagi IPO daripada sektor perkhidmatan pengguna bakal diterbitkan di pasaran saham tempatan dan IPO kali ini berkait rapat dengan sukan golongan kayangan, iaitu sukan golf.
Jadi jika dulu anda hanya mampu membeli peralatan golf daripada syarikat ini, sekarang anda berpeluang untuk menjadi pemilik kepada syarikat ini pula. Barulah bertambah kayangan.
Sebelum memohon, mari kita lihat 10 perkara tentang syarikat MST Golf Group Berhad ini. Teruskan membaca!
1. Latar Belakang Syarikat
MST Golf Group Berhad merupakan syarikat daripada sektor perkhidmatan pengguna dimana syarikat ini menawarkan perkhidmatan bekalan barangan golf, tempat latihan dan pelbagai lagi servis berkaitan dengan sukan golf.
Syarikat ini bakal diterbitkan di pasaran utama dengan harga seunit bernilai RM0.81. Betul-betul premium harga tawaran IPO ini.
Hari terakhir untuk memohon IPO ini adalah pada 7 Julai 2023 sebelum jam 5 petang.
2. Status Syariah IPO
Menurut sumber daripada prospektus syarikat MST Golf sendiri, IPo syarikat ini telah mendapat status syariah daripada majlis penasihat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sendiri. Jadi pelabur muslim boleh mohon tanpa bersalah.
3. Jumlah Dagangan Saham Yang Bakal Diapungkan
Jumlah keseluruhan saham yang bakal diapungkan di pasaran saham adalah sekitar 820 juta unit dan hanya sekitar 41.5 juta unit untuk direbutkan sebelum 7 Julai 2023 ini oleh pemohon yang memohon IPO melalui bank.
Daripada 41.5 juta unit tersebut, ianya akan dibahagikan sama rata untuk pemohon IPO bumiputera dan bukan bumiputera.
4. Pemilik Terbesar Syarikat
Pemilik terbesar syarikat ini adalah All Sportz yang memiliki saham sebanyak 64.76% dan diikuti oleh Ng Yap Sio dan Low Kok Poh yang masing-masing memiliki pegangan sebanyak 12.95% dan 6.48% sebelum syarikat ini disenaraikan di pasaran saham.
5. Prestasi Pendapatan Syarikat
Hasil jualan syarikat dilihat naik dengan memberangsangkan dan keuntungan bersih syarikat juga dilihat meningkat dari tahun ke tahun.
Kebanyakan jualan syarikat pula adalah hasil daripada jualan runcit untuk 3 tahun berturut-turut. Selain jualan runcit, jualan gudang dan perkhidmatan sukan golf adalah sumber pendapatn yang lain syarikat ini.
6. Kegunaan Dana IPO
MST Golf dijangka akan memperolehi sekitar RM129 juta daripada terbitan saham ini, 48.42% daripadanya akan digunakan untuk memperkembangkan perniagaan syarikat di Malaysia dan Singapura.
Bakinya yang lain pula akan digunakan untuk melebarkan sayap syarikat ke negara lain seperti di Vietnam dan Indonesia yang akan mengunakan sekitar 41.32% daripada dana IPO tersebut.
7. Polisi Dividen Syarikat
Untuk polisi dividen syarikat, MST Golf mensasarkan untuk membayar sekitar 30% dividen daripada pendapatan selepas cukai syarikat tersebut. Wah, lumayan juga!
8. Pesaing Dalam Industri Yang Sama
Untuk mencari pesaing yang juga disenaraikan di pasaran saham Bursa Malaysia, MST Golf adalah satu-satunya syarikat yang menawarkan perkhidmatan seumpamanya di Malaysia.
Jika syarikat Lessing yang tidak tersenarai pula, MST Golf dilihat mendahului sektor perniagaan sukan golf ini dari segi pendapatan sehingga jumlah kedai yang dimiliki di seluruh Malaysia.
Di Singapura pula, MST Golf merupakan syarikat kedua terbesar selepas syarikat Leonian Singapore Pte Ltd.
9. Market Share Dalam Industri
Sumber: Prospektus MST Golf
Market share MST Golf di Malaysia adalah sekitar 51% dan di Singapura adalah sebanyak 18%. Tapau market sukan golf di Malaysia nampaknya.
10. PE Ratio Syarikat Yang Agak Tinggi
Rujukan: Prospektus MST Golf
Jika kita bandingkan syarikat yang menawarkan perkhidmatan yang sama di peringkat global, nisbah PE syarikat MST Golf agak tinggi berbanding syarikat Xebio Holding Co., Ltd di Tokyo.
Jika anda pelabur, adakah anda akan memohon IPO syarikat ini?
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress
Insya-Allah berbaloi… SESI BAHARU KINI DIBUKA!!!
Daftar berdua dan dapatkan akses secara percuma!!!