KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) — Sime Darby Bhd dan rakan kongsinya, Ramsay Health Care Ltd, pengendali hospital swasta terbesar di Australia, sedang meninjau kemungkinan menjual syarikat usaha sama 50:50, Ramsay Sime Darby Health Care Sdn Bhd.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Sime Darby berkata ia akan membuat pengumuman sewajarnya kepada Bursa Malaysia Securities Bhd jika dan apabila terdapat cadangan korporat yang pasti oleh syarikat itu.
Dagangan saham dihentikan pada pukul 9 pagi ini sementara menunggu pengumuman dan disambung semula pada pukul 10 pagi.
— BERNAMA