• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Prestasi Kukuh Wall Street Pacu Dagangan Bursa Malaysia Melantun Semula Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) — Bursa Malaysia kembali meningkat pada sesi awal pagi ini, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang lebih menggalakkan.

Seorang penganalisis berkata sentimen bertambah baik dipacu oleh set data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh, sekali gus menunjukkan ekonomi AS kekal kukuh utuh tanpa kemelesetan.

Pada 9.12 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 3.30 mata kepada 1,390.04 daripada 1,386.74 pada penutup Selasa.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Indeks utama dibuka 0.93 mata lebih kukuh pada 1,387.67.

Pasaran yang lebih luas positif dengan kaunter untung melepasi rugi 177 berbalas 115, manakala 206 kaunter tidak berubah, 1,824 tidak diniagakan dan 84 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 244.55 juta unit bernilai RM75.15 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng mengunjurkan FBM KLCI akan menyaksikan pemulihan sedikit dengan minat belian kembali kepada saham kewangan dan teknologi berikutan kemunculan kegiatan pengambilan untung sejak tiga hari lalu.

“Justeru, kami menjangkakan indeks akan berlegar dalam julat 1,380-1,390 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Tenaga Nasional masing-masing naik tiga sen kepada RM8.74 dan RM9.22,  Public Bank menambah dua sen menjadi RM3.87 dan CIMB untung satu sen kepada RM5.16 manakala IHH Healthcare tidak berubah pada RM5.82. 

Bagi saham aktif, Tanco peroleh setengah sen kepada 25 sen, MyEG turun 2.5 sen menjadi 77.5 sen, manakala TWL, Classita dan Dataprep tidak berubah, masing-masing mencatatkan 3.5 sen, sembilan sen dan 17 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meraih 21.20 mata kepada 10,215.51, Indeks FBMT 100 mengembang 21.27 mata kepada 9,919.33 dan Indeks FBM ACE menambah 16.77 mata kepada 5,061.80.

Indeks FBM Emas Syariah meningkat 18.81 mata menjadi  10,502.48 dan Indeks FBM 70 memperoleh 19.07 mata kepada 13,401.49.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan mengembang 32.38 mata kepada 15,418.70, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian  0.22 mata lebih tinggi pada 158.49, dan Indeks Perladangan menambah 6.51 mata kepada 6,754.93 manakala Indeks Tenaga susut 3.37 mata kepada 777.95.

— BERNAMA

Tags: Bursa Malaysiadata ekonomipembukaanThong Pak LengWall Street
Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In