• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

MBSB Akan Selesaikan Pengambilalihan MIDF Pada September

in Catalyst
A A
MBSB Akan Selesaikan Pengambilalihan MIDF Pada September
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

PETALING JAYA, 27 Jun (Bernama) — Malaysia Building Society Bhd (MBSB) berharap untuk menjadikan Malaysian Industrial Development Finance (MIDF) sebagai sebahagian daripada kumpulan itu menjelang September tahun ini berikutan cadangan pengambilalihan syarikat itu baru-baru ini.

Ketua Pegawai Strategi Datuk Azlan Shahrim berkata mesyuarat agung luar biasa (EGM) akan dilakukan pada Julai atau Ogos depan bagi mendapatkan kelulusan daripada pemegang saham.

“Kami berharap pemegang saham akan memberi sokongan,” katanya selepas mesyuarat agung tahunan MBSB ke-53 hari ini.

MBSB baru-baru ini menandatangani perjanjian pembelian saham bersyarat dengan Permodalan Nasional Bhd (PNB) untuk mengambil alih MIDF pada harga RM1.01 bilion.

Mengenai prestasi bank itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Nor Azam M. Taib berkata ia melihat pada pertumbuhan pembiayaan tahun ini di antara lapan hingga 10 peratus.

Katanya bank itu telah melancarkan pelan mitigasi untuk menangani margin faedah yang tipis selepas beberapa pusingan kenaikan kadar dasar semalaman.

Ia juga menyasarkan untuk mengurangkan nisbah pinjaman tidak berbayarnya di bawah 4.0 peratus tahun ini daripada 6.7 peratus pada waktu ini.

Mengenai Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Nor Azam berkata pembiayaan MBSB berkemungkinan mencecah RM1 bilion menjelang akhir bulan ini daripada RM900 juta pada masa sekarang.

Beliau berkata bank itu berharap untuk melancarkan fasa 2 fasiliti tersebut, yang ditetapkan untuk menampung pemohon berumur 40 tahun dan ke bawah.

Permohonan untuk FSA2 Fasa 1, yang dibuka pada 7 April, 2023, akan ditutup pada 6 April, 2024.

— BERNAMA 

Tags: FSA2kadar faedahKWSPMBSBMIDF
Share243ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In