• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 20, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Keuntungan Bersih EcoWorld Malaysia Naik Kepada RM62.69 Juta Pada Suku Kedua

in Catalyst
A A
Sektor Besi Dan Hartanah Pasca Pandemik
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) — Keuntungan bersih Eco World Development Group Bhd (EcoWorld Malaysia) bagi suku kedua berakhir 30 April 2023 meningkat kepada RM62.69 juta daripada RM45.67 juta setahun lepas.

Bagaimanapun, perolehan susut kepada RM420.82 juta pada suku kedua tahun kewangan 2023 daripada RM506.89 juta sebelum ini disebabkan sumbangan lebih rendah daripada beberapa hartanah yang telah siap sepenuhnya pada tahun kewangan 2022, kata EcoWorld Malaysia.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu berkata beberapa projek utama menyumbang kepada prestasi kewangannya, termasuk Eco Majestic di Lembah Klang, Eco Business Park I di Iskandar Malaysia, Johor dan Eco Terraces di Pulau Pinang.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Selain itu, ia berkata bahawa EcoWorld International Bhd menyumbang RM0.3 juta dalam keuntungan pada suku kedua tahun kewangan 2023 berbanding kerugian sebanyak RM15.6 juta pada suku kedua tahun kewangan 2022 kebanyakannya disebabkan oleh keuntungan pertukaran asing yang lebih tinggi, pendapatan faedah yang lebih tinggi berikutan pembayaran balik yang diterima daripada syarikat usaha sama United Kingdom (UK) dan kos kewangan lebih rendah yang ditanggung pada suku di bawah semakan.

Sementara itu dalam satu kenyataan berasingan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Chang Khim Wah berkata prestasi jualan kukuh yang dicapai oleh EcoWorld Malaysia merentasi semua segmen pasaran, merangkumi segmen kediaman kepada komersial dan perindustrian, ia membolehkan syarikat itu mencapai 68.5 peratus sasaran jualan tahunannya dalam masa tujuh bulan sahaja.

“Portfolio industri kami terus mencatatkan prestasi baik dengan RM838 juta dicapai tahun ini yang mewakili 111.3 peratus daripada jualan setahun bagi tahun kewangan 2022 daripada segmen ini,” katanya.

Melangkah ke hadapan, Chang berkata EcoWorld Malaysia akan melancarkan beberapa siri pangsapuri “duduk” untuk memenuhi keperluan pemilik rumah kali pertama dan mereka yang ingin memiliki rumah pada harga yang berpatutan.

“Pelancaran Hana D’ Eco Ardence pada Mac 2023 baru-baru ini yang terbaharu dalam siri pangsapuri ‘duduk’ kami, mendapat sambutan yang sangat baik dengan 245 unit telah dibeli dalam tempoh kurang daripada dua bulan.

“Kami berharap dapat membawa produk yang sangat popular ini kepada pelanggan di perbandaran kami yang lain di Lembah Klang, Iskandar Malaysia dan Pulau Pinang,” katanya.

— BERNAMA

Tags: EcoWorld Malaysiakeuntungan bersihpangsapuri
Share232ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

2 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

2 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

2 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

2 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In