• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Hospital Baharu Suntik Prestasi Kukuh KPJ Healthcare

in Catalyst
A A
Hospital Baharu Suntik Prestasi Kukuh KPJ Healthcare
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) — KPJ Healthcare Bhd yakin dapat mengekalkan prestasi yang kukuh untuk tahun kewangan 2023 (TK2023) di tengah-tengah prospek menaik bagi sektor kesihatan selepas merekodkan keputusan terbaiknya tahun lepas.

Keputusan suku pertama (S1 TK2023), juga adalah yang tertinggi pernah direkodkan, menunjukkan pertumbuhan berterusan menanti kumpulan itu, terutamanya dengan permintaan pelancongan perubatan yang melonjak dan pemulihan dalam rawatan elektif.

Pesakit pelancongan perubatan mereka kebanyakannya dari Indonesia, Timur Tengah dan Indo-China.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Kumpulan itu juga melihat potensi dalam penjagaan geriatrik. Pengerusinya Datuk Md Arif Mahmood dalam sidang media secara maya selepas mesyuarat agung tahunan KPJ Healthcare Bhd yang ke-30 berkata, Hospital Pakar KPJ Damansara 2 (DSH2) baharu akan menggandakan kapasiti daripada 60 katil kepada 120 katil.

Dengan 29 hospital dan 1,500 perunding dalam semua disiplin, beliau berkata kumpulan itu mempunyai kelebihan dari segi daya saing.

Sementara itu, Ketua Pegawai Kewangan Norhaizam Mohammad berkata kumpulan itu menjangkakan EBITDA (pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan) untuk KPJ Perlis dan KPJ Miri akan positif tahun depan dengan kedua-dua hospital akan mencatat keuntungan dalam tempoh dua tahun akan datang.

“Rancangan kami adalah untuk memaksimumkan kapasiti katil kepada kira-kira 30 hingga 40 katil dan kami perlu membawa masuk lebih ramai doktor kerana kedua-dua hospital itu pada masa ini hanya mempunyai kira-kira sembilan hingga 10 pakar.

“Kedua-dua bandar itu terletak berhampiran kawasan pelancongan. Miri berhampiran Brunei dan pesakit dari Kalimantan dan Jakarta boleh terbang terus ke lapangan terbang antarabangsa Brunei,” tambahnya. 

cdaripada RM54.79 juta pada TK 2021.

Hasil meningkat 12.74 peratus kepada RM2.92 bilion daripada RM2.59 bilion sebelumnya disebabkan aktiviti hospital yang semakin meningkat, dibuktikan oleh peningkatan dalam lawatan pesakit kepada 3.26 juta daripada 2.98 juta pada TK2021 dan kadar penghunian katil yang lebih tinggi sebanyak 58 peratus berbanding 43 peratus pada TK2021.

— BERNAMA 

Tags: elektifgeriatrikKPJMiripelancongan perubatanPerlis
Share248ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In