• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Selaras Prestasi Lemah Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, mengambil petunjuk daripada Wall Street yang sekali lagi mencatatkan penurunan semalaman berikutan testimoni Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell kepada Kongres AS yang cenderung menyebelahi kenaikan kadar faedah.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.64 mata kepada 1,392.81 daripada 1,393.45 pada penutup hari Rabu.

Indeks utama dibuka 1.33 mata lebih rendah pada 1,392.12.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 117 berbalas 105, manakala 205 kaunter tidak berubah, 1,867 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 123.60 juta unit bernilai RM42.25 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata Wall Street mengalami kejatuhan apabila peniaga mencerna komen Powell yang membayangkan lebih banyak kenaikan kadar untuk membendung inflasi tahun ini.

Sehubungan itu, Purata Perindustrian Dow Jones kerugian 102 mata manakala Nasdaq merosot 165 mata apabila hasil 10 tahun Perbendaharaan AS meningkat sedikit kepada 3.727 peratus.

Di dalam negara, Thong menambah FBM KLCI ditutup pada paras tertinggi hampir satu bulan semalam disokong oleh komen terbaru Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pasaran ekuiti.

“Kami menjangkakan sekiranya indeks berjaya kekal melepasi paras 1,390 hari ini, ia akan mencabar paras seterusnya 1,400 seterusnya. Justeru, kami percaya pengumpulan saham kewangan dan telekomunikasi akan berterusan selepas kegiatan jualan rancak baru-baru ini,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, CIMB susut tiga sen kepada RM5.22, Tenaga Nasional menambah tiga sen menjadi RM9.22 sementara Maybank, Public Bank dan IHH Healthcare tidak berubah, masing-masing mencatatkan RM8.74, RM3.91 dan RM5.87.

Bagi saham aktif, Vinvest Capital dan Bintai masing-masing merosot setengah sen kepada tujuh sen dan 7.5 sen, Bumi Armada menokok satu sen menjadi 49.5 sen, Tanco naik setengah sen kepada 51.5 sen manakala Classita tidak berubah pada 9.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 3.86 mata kepada 10,246.60, Indeks FBMT 100 berkurangan 5.49 mata kepada 9,945.97 dan Indeks FBM Emas Syariah merosot 0.24 mata menjadi 10,516.16

Indeks FBM 70 susut 11.36 mata kepada 13,466.52 tetapi Indeks FBM ACE naik 26.25 mata untuk mencatatkan paras 5,114.27.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 3.07 mata kepada 15,469.22, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menyusut 0.27 mata menjadi 159.02 dan Indeks Perladangan susut 4.65 mata kepada 6,719.72 manakala Indeks Tenaga menambah 4.88 mata kepada 788.77.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaJerome PowellpembukaanWall Street
Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In