• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

10 Perkara Anda Kena Tahu Sebelum Memohon IPO Daythree Digital Berhad

in Saham
A A
10 Perkara Anda Kena Tahu Sebelum Memohon IPO Daythree Digital Berhad

Gambar: www.nst.com.my

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Syarikat ini mungkin tidak terkenal dan semegah syarikat-syarikat yang lain. Namun, langkah Daythree Digital Berhad memilih untuk disenaraikan di Bursa Malaysia merupakan satu langkah bijak kerana dengan penyenaraian nama syarikat ini akan lebih dikenali orang ramai. Ia juga merupakan satu strategi bagi meningkatkan kepercayaan pelanggan serta bakal prospek pelabur terhadap syarikat ini.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 10 perkara anda kena tahu sebelum memohon IPO Daythree Digital Berhad. Sebelum itu, jom berkenalan terlebih dahulu dengan syarikat yang bakal disenaraikan ini.

Daythree Digital Berhad

Pembekal Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS) dipacu teknologi, Daythree Digital Berhad (Daythree Digital) memeterai Perjanjian Taja Jamin dengan M&A Securities Sdn. Bhd. (M&A Securities) untuk penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities).

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Perkara yang menarik perhatian mengenai Daythree adalah syarikat ini sudah mengambil pendekatan terhadap ESG meskipun belum lagi disenaraikan. Daythree percaya dalam menjadi syarikat korporat yang bertanggungjawab dan melindungi generasi akan datang dengan menilai aspek persekitaran, sosial dan tadbir urus perniagaan mereka. 

Syarikat ini akan terus berusaha untuk memastikan bahawa apabila perniagaan syarikat berkembang, aspek ini dilihat sebagai bahagian penting untuk kejayaan masa hadapan. 

Baca: Daythree ESG

1. Bakal Terbitkan Lebih Daripada 110.4 Juta Unit Saham

IPO ini melibatkan terbitan awam sebanyak 110.4 juta unit saham baharu dan tawaran untuk jualan sebanyak 12 juta saham sedia ada kepada pelabur terpilih melalui penempatan persendirian.

Daripada 110.4 juta unit saham tersebut, 24 juta saham baharu akan dibuka untuk permohonan kepada pelabur tempatan, 12 juta saham diperuntukkan kepada pengarah dan pekerja kumpulan Daythree Digital Berhad yang layak, 74.4 juta unit saham baharu akan diperuntukkan untuk private placement kepada pelabur terpilih.

2. Dibuka Untuk Permohonan Selama Hampir Tiga Minggu

Sumber: Bursa Malaysia

Tempoh permohonan Daythree boleh dibuat bermula dari 21 Jun 2023 sehingga 11 Julai 2023. Ia agak menarik kerana tempoh permohonan tersebut dilihat lebih panjang berbanding IPO yang lain iaitu hampir tiga minggu. Ia memberi masa yang mencukupi kepada para pelabur untuk membaca prospektus dan membuat keputusan tepat.

3. Perniagaan Syarikat

Daythree Digital Berhad menyediakan perkhidmatan perniagaan global yang fokus kepada perkhidmatan pengurusan kitaran hayat pengalaman pelanggan yang didayakan oleh penyelesaian digital. Setakat ini pasarannya fokus di dalam negara.

Segmen pelanggan Daythree terdiri daripada pelbagai sektor dan industri membolehkan syarikat tidak hanya tertumpu kepada satu industri. Peluang perniagaan juga adalah lebih luas.

4. Kehadiran Datuk Eddie Ong Di Pelancaran Prospektus Daythree

Sumber: The Star

Semasa pelancaran prospektus Daythree Digital, adakah anda perasan bahawa terdapat seorang individu yang agak terkenal dalam industri pasaran saham serta korporat?

Individu tersebut adalah Datuk Eddie Ong, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Hextar. Datuk Eddie terkenal kerana memegang banyak saham syarikat tersenarai dalam portfolio beliau.

Syarikat-syarikat yang dibeli pula menjalankan perniagaan dalam pelbagai industri yang berbeza. Mungkinkah beliau sedang mengintai peluang yang ada dalam industri pembekalan perkhidmatan perniagaan global (GBS) dipacu teknologi?

5. Dana Daripada IPO Akan Digunakan Untuk Apa?

Dana yang diraih daripada para pelabur nanti akan digunakan untuk:

  • Membesarkan ibu pejabat untuk menampung bilangan pekerja yang semakin bertambah 
  • Merekrut pakar industri untuk meraih peluang pertumbuhan
  • Perbelanjaan modal dalam infrastruktur rangkaian, perkakasan IT dan perisian
  • Aktiviti penjenamaan, pemasaran dan promosi
  • Modal kerja
  • Perbelanjaan penyenaraian

Majoriti dana IPO iaitu sebanyak 44.4% akan digunakan sebagai modal kerja dan akan digunakan dalam tempoh 12 bulan dari penyenaraian. 

6. Pendapatan Syarikat 

Dalam penyata kewangan syarikat terdapat beberapa maklumat penting yang boleh dilihat antaranya seperti:

  • Revenue (Perolehan)
  • Profit after tax (Keuntungan selepas cukai)
  • Profit after tax margin (Margin keuntungan selpas cukai)
  • Earnings per share (Pendapatan sesaham)

Berdasarkan maklumat kewangan di atas, perolehan Daythree Digital dilihat semakin meningkat sejak tahun 2019 sehingga tahun 2022. 

Walaubagaimanapun, jika dilihat pada keuntungan selepas cukai (PAT), ianya meningkat dari 2019 sehingga tahun 2021 namun menurun pada 2022. Ia sekaligus menjejaskan nilai pendapatan sesaham (EPS) dan direkodkan pada 1.3 sen. 

7. Pemegang Utama

Berdasarkan sumber yang diperoleh daripada prospektus, antara pemegang saham terbesar Daythree adalah pengasas syarikat iaitu Encik Paul Raymond Raj melalui Dayspring Capital, Cloud Marshal dan beberapa individu lain. Selepas IPO, Raymond akan memegang sebanyak 172.8 juta unit atau bersamaan dengan 36.0% pegangan dalam Daythree. 

8. Kekuatan Syarikat

Kekuatan Daythree Digital Berhad tertumpu kepada:

  • Meletakkan fokus yang tinggi terhadap pembangunan pekerja untuk menyampaikan pengalaman pelanggan (CX) yang berkualiti
  • Memanfaatkan alatan digital yang dibangunkan oleh syarikat sendiri dalam menyampaikan perkhidmatan pengurusan kitaran hayat CX
  • Mempunyai segmen pelanggan yang pelbagai
  • Diterajui oleh barisan pengurusan yang sangat berpengalaman

9. Status Syariah

Status syariah Daythree Digital Berhad telah diluluskan oleh SAC (Shariah Advisory Council) ataupun badan penasihat syariah Malaysia.

10. Polisi Dividen

Syarikat menyatakan bahawa pada masa ini syarikat tidak mempunyai polisi dividen secara formal.  Syarikat akan memberi dividen bergantung kepada beberapa faktor seperti prestasi kewangan, perbelanjaan modal serta faktor-faktor lain. 

Berdasarkan prospektus, Daythree ada membayar dividen kepada pemegang saham sejak tahun 2019 sehingga 2022. 

Seperti yang kita ambil maklum syarikat tidak wajib mengagihkan dividen. Namun, sudah tentu syarikat yang mengagihkan dividen menarik perhatian para pelabur untuk terus melabur dalam syarikat.

Sumber: Prospektus Daythree Digital Berhad

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: Bursa MalaysiadaythreeIPO
Share509ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In