KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang lebih lemah.
Seorang peniaga berkata pelabur masih mengambil sikap berhati-hati sambil menanti testimoni daripada pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat Jerome Powell di hadapan Kongres lewat hari ini untuk mendapatkan petunjuk arah pasaran, kata peniaga.
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.39 mata kepada 1,384.94 daripada 1,388.33 pada penutup Selasa.
Indeks utama dibuka pada paras 1,385.73, turun 2.60 mata.
Pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 172 berbalas 88, manakala 204 kaunter tidak berubah, 1,831 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.
Jumlah dagangan 141.83 juta unit bernilai RM45.50 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata prestasi kukuh Wall Street sejak Mei “berehat seketika’ kerana peniaga kini sedang mencari pemangkin baharu untuk ekuiti bergerak lebih tinggi.
Purata Perindustrian Dow Jones merosot 245 mata manakala Nasdaq kerugian 22 mata apabila hasil 10 tahun AS susut kepada 3.719 peratus, katanya kepada Bernama.
Di dalam negara, beliau berkata FBM KLCI kekal dalam mod stabil walaupun ditutup dalam zon positif semalam, dipacu oleh kegiatan membeli pada saat akhir.
“Dalam pada itu, kami mengunjurkan indek untuk berlegar dalam lingkungan julat 1,385-1,395 dengan saham berkaitan teknologi menyaksikan kegiatan pengambilan untung selepas bergerak cergas sejak akhir Mei,” katanya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Tenaga Nasional susut lima sen kepada RM9.17, IHH Healthcare turun lapan sen menjadi RM5.92 manakala Maybank, Public Bank dan CIMB kesemuanya tidak berubah pada RM8.65, RM3.88 dan RM5.14.
Bagi saham aktif, Classita dan waran Tanco menambah setengah sen kepada 9.5 sen dan 19.5 sen, Sarawak Consolidated lemah setengah sen menjadi 43 sen manakala Tanco dan Dataprep, kedua-duanya kekal pada 51 sen dan 17.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas menguncup 21.43 mata pada 10,184.11, Indeks FBMT 100 berkurangan 22.09 mata kepada 9,884.40 dan Indeks FBM Emas Syariah turun 33.91 mata kepada 10,478.45.
Indeks FBM 70 merosot 20.99 mata kepada 13,360.36 manakala Indeks ACE FBM berkurangan 10.58 mata kepada 5,078.48.
Mengikut sektor, Indeks Tenaga menambah 0.99 mata kepada 780.99, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 5.16 mata untuk mencatatkan paras 15,318.69 sementara Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.06 mata kepada 157.98 dan Indeks Perladangan turun 34.65 mata menjadi 6,705.72.
— BERNAMA
Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout