• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Wall Street Semalaman Turut Lemah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) —  Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang lebih lemah.

Seorang peniaga berkata pelabur masih mengambil sikap berhati-hati sambil menanti testimoni daripada pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat Jerome Powell di hadapan Kongres lewat hari ini untuk mendapatkan petunjuk arah pasaran, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.39 mata kepada 1,384.94 daripada 1,388.33 pada penutup Selasa.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Indeks utama dibuka pada paras 1,385.73, turun 2.60 mata.

Pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 172 berbalas 88, manakala 204 kaunter tidak berubah, 1,831 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 141.83 juta unit bernilai RM45.50 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata prestasi kukuh Wall Street sejak Mei “berehat seketika’ kerana peniaga kini sedang mencari pemangkin baharu untuk ekuiti bergerak lebih tinggi.

Purata Perindustrian Dow Jones merosot 245 mata manakala Nasdaq kerugian 22 mata apabila hasil 10 tahun AS susut kepada 3.719 peratus, katanya kepada Bernama.

Di dalam negara, beliau berkata FBM KLCI kekal dalam mod stabil walaupun ditutup dalam zon positif semalam, dipacu oleh kegiatan membeli pada saat akhir.

“Dalam pada itu, kami mengunjurkan indek untuk berlegar dalam lingkungan julat 1,385-1,395 dengan saham berkaitan teknologi menyaksikan kegiatan pengambilan untung selepas bergerak cergas sejak akhir Mei,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Tenaga Nasional susut lima sen kepada RM9.17, IHH Healthcare turun lapan sen menjadi RM5.92 manakala Maybank, Public Bank dan CIMB kesemuanya tidak berubah pada RM8.65, RM3.88 dan RM5.14.

Bagi saham aktif, Classita dan waran Tanco menambah setengah sen kepada 9.5 sen dan 19.5 sen, Sarawak Consolidated lemah setengah sen menjadi 43 sen manakala Tanco dan Dataprep, kedua-duanya kekal pada 51 sen dan 17.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menguncup 21.43 mata pada 10,184.11, Indeks FBMT 100 berkurangan 22.09 mata kepada 9,884.40 dan Indeks FBM Emas Syariah turun 33.91 mata kepada 10,478.45.

Indeks FBM 70 merosot 20.99 mata kepada 13,360.36 manakala Indeks ACE FBM berkurangan 10.58 mata kepada 5,078.48.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga menambah 0.99 mata kepada 780.99, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 5.16 mata untuk mencatatkan paras 15,318.69 sementara Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.06 mata kepada 157.98 dan Indeks Perladangan turun 34.65 mata menjadi 6,705.72.

— BERNAMA

Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout

MILIKI E-BOOK BUY ON BREAKOUT
Tags: Bursa Malaysiapembukaan
Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In