• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, November 1, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

SkyWorld Development Sasar Kumpul RM166.4 Juta Daripada IPO

in Saham
A A
SkyWorld Sasar Disenaraikan Di Pasaran Utama Pada Suku Ketiga 2023
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) — SkyWorld Development Bhd menyasar mengumpul hasil sebanyak RM166.4 juta daripada terbitan awam saham baharu sebagai sebahagian daripada pelaksanaan tawaran awam permulaan (IPO) susulan penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 10 Julai, 2023. 

Pelaksanaan itu melibatkan terbitan awam sebanyak 208 juta saham baharu dan tawaran penjualan 192 juta saham sedia ada pada harga 80 sen sesaham, kata Skyworld dalam satu kenyataan bersempena pelancaran prospektus IPO hari ini.

Pemaju hartanah bandar itu berkata RM100 juta atau 60.1 peratus daripada hasil tersebut akan digunakan untuk membeli tanah bagi pembangunan.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Sebanyak 21.2 peratus dan 12 peratus lagi diperuntukkan bagi modal kerja untuk pembangunan projek dan pembayaran balik pinjaman bank, manakala baki 6.7 peratus selebihnya akan digunakan untuk perbelanjaan berkaitan IPO, katanya.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Bukan Bebas Datuk Seri Ng Thien Phing berkata IPO itu berpotensi meningkatkan operasi perniagaannya, mewujudkan nilai kepada pemegang saham dan memberi manfaat bagi tempoh jangka panjang.

“Pada masa depan, kami menjangkakan pasaran hartanah berkembang dalam trajektori menaik selepas berdepan cabaran sejak dua tahun lepas. SkyWorld menyedari potensi yang belum lagi dimanfaatkan dan bersedia untuk merebut peluang berharga ini,” katanya.

Kumpulan itu berkata berdasarkan harga terbitan 80 sen sesaham dan modal saham diperbesarkan sebanyak satu bilion saham, permodalan pasaran dijangka berjumlah kira-kira RM800 juta semasa penyenaraian.

SkyWorld juga merancang mengisytiharkan dividen tahunan, bersamaan dengan 20 peratus daripada keuntungan selepas cukainya yang boleh diagihkan kepada pemilik syarikat secara disatukan.

Kenanga Investment Bank Bhd merupakan penasihat utama, penaja jamin dan ejen penawaran saham manakala Newfields Advisors Sdn Bhd ialah penasihat kewangan bagi pelaksanaan IPO itu.

Permohonan bagi bahagian terbitan awam dibuka hari ini dan akan ditutup pada 27 Jun, 2023, pukul 5 petang.

— BERNAMA

Tags: hasilIPOPasaran UtamaProspektusSkyWorld Development
Share246ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In