• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, October 8, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

PM Umum Langkah Rancakkan Pasaran Modal, Hasilkan Lebih Kekayaan Untuk Rakyat

in Berita, Market Update
A A
PM Umum Langkah Rancakkan Pasaran Modal, Hasilkan Lebih Kekayaan Untuk Rakyat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) —  Mengurangkan kadar duti setem bagi saham yang didagangkan di Bursa Malaysia Securities, menggalakkan usaha niaga korporat dan memudahkan proses penyenaraian adalah antara langkah yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha untuk meningkatkan pasaran modal serta mencipta lebih banyak kekayaan untuk rakyat.

Dalam jangka masa terdekat, kadar duti setem bagi saham yang didagangkan di Bursa Malaysia Securities akan dikurangkan kepada 0.10 peratus nilai kontrak berkuat kuasa Julai daripada 0.15 peratus pada masa ini, tertakluk kepada had maksimum RM1,000 setiap kontrak.

“Ini akan meluaskan pilihan pelaburan mengikut kemampuan rakyat, ditambah pula dengan hasrat untuk menggalakkan lagi minat pelabur dalam pasaran kita,” katanya pada majlis pelancaran Program Graduan Pasaran Modal (CMGP) di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) di sini, hari ini.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata perubahan ini secara langsung akan mengurangkan kos urus niaga atau transaksi sekuriti dan menjadikan pasaran saham Malaysia lebih kompetitif.

“Saya yakin langkah ini akan merangsang pasaran dan meningkatkan daya tarikannya,” katanya.

Perdana Menteri berkata peningkatan dalam mudah tunai pasaran akan menarik lebih banyak dana domestik dan asing ke dalam pasaran saham Malaysia, sekali gus menggalakkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk meneruskan dengan tawaran awam permulaan (IPO) serta memudahkan syarikat tersenarai awam mengumpul dana bagi mengembangkan perniagaan mereka dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

Perluaskan kumpulan pelabur, pembaharuan struktur untuk rancakkan penyenaraian

Untuk menarik kumpulan pelabur yang lebih besar menyokong permbiayaan PKS dan ekonomi baharu, Kementerian Kewangan (MoF) dan SC akan melihat dasar untuk memudahkan serta menarik penubuhan pejabat keluarga di Malaysia.

Ia juga akan meninjau cara untuk mempromosikan usaha penerokaan korporat bagi memacu pelaburan langsung domestik (DDI) yang lebih besar melalui dasar cukai dan insentif yang lebih memudahkan termasuk membolehkan kerugian cukai daripada penerokaan korporat digunakan oleh syarikat induk untuk memulakan pelaburan mampan lain dalam kumpulan.

Selain itu, MOF dan SC juga akan berusaha untuk meluaskan definisi pelabur sofistikated dengan melibatkan sekali angel investors, modal teroka dan ekuiti persendirian.

“Saya akui pasaran jangka panjang dan pembaharuan struktur akan diperlukan untuk pasaran modal Malaysia dan transformasi ekonomi,” katanya.

Bagaimanapun, sebagai permulaan bagi menggalakkan lebih banyak syarikat disenaraikan di Bursa Malaysia, SC dan Bursa Malaysia akan melaksanakan pembaharuan tahun ini untuk memudahkan dan mempercepatkan penyenaraian di bursa dengan mempercepatkan proses IPO  serta memendekkan masa ke pasaran bagi memastikan daya saing dan daya tarikan Malaysia, kata Perdana Menteri.

Anwar menambah semua langkah untuk membolehkan tahap kerancakan pasaran yang lebih tinggi serta melonjakkan daya tarikan pasaran modal Malaysia telah diusahakan oleh Kementerian Kewangan bersama SC, dengan maklum balas daripada Bursa Malaysia dan industri pasaran modal.

Menurutnya, ini berdasarkan tiga tonggak untuk membolehkan tahap kerancakan pasaran yang lebih tinggi dan meningkatkan daya tarikan pasaran modal Malaysia – iaitu meluaskan peluang pelaburan dan penciptaan kekayaan untuk rakyat, menarik kumpulan pelabur yang lebih besar untuk menyokong pembiayaan PKS dan ekonomi baharu serta melaksanakan pembaharuan pasaran dan struktur bagi memulihkan keyakinan terhadap kedinamikan dan daya saing Malaysia.

“Sebarang pembaharuan memerlukan disiplin dan kesabaran. Ia juga memerlukan keyakinan dan keberanian untuk melakukan perkara baharu dan membuat keputusan sukar demi kepentingan rakyat dan negara,” kata Perdana Menteri.

— BERNAMA

Tags: Anwar IbrahimBursa Malaysiapasaran modalpelaburanPKSSC
Share269ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

2 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

2 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

2 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In