• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, December 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Mah Sing Beli 202.34 Hektar Tanah Pegangan Kekal Di Semenyih Pada Harga RM392.04 Juta

in Catalyst
A A
Mah Sing Beli 202.34 Hektar Tanah Pegangan Kekal Di Semenyih Pada Harga RM392.04 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) — Mah Sing Group Bhd membeli tanah pegangan kekal seluas 202.34 hektar di Semenyih, Selangor dengan harga RM392.04 juta.

Dalam satu kenyataan hari ini, pemaju hartanah itu berkata tanah yang baru dibeli itu akan dinamakan Glengowrie Estate dan dirancang untuk dibangunkan menjadi pembangunan perbandaran bersepadu dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) RM3.3 bilion.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Ia berkata tanah itu, terletak di perbandaran Semenyih yang matang dan bersempadan daerah Seremban, terletak di selatan Eco Forest dan di sebelah timur Bandar Tasik Kesuma.

Pengasas dan Pengarah Urusan kumpulan Tan Sri Leong Hoy Kum berkata pembelian terbaharu itu adalah pembelian tanah yang ketiga oleh Mah Sing untuk 2023, meningkatkan simpanan tanah utama syarikat kepada 978.53 hektar dengan jumlah baki GDV dan jualan belum dibilkan sebanyak RM26.86 bilion.

“Pembelian ini akan meningkatkan tanah perbandaran kami untuk menampung permintaan bagi hartanah kediaman bertanah di pinggir bandar, selain hartanah kediaman aras tinggi dan tanah perindustrian,” katanya.

Beliau berkata Glengowrie Estate bakal dibina selepas kejayaan pembangunan hartanah mampu milik dan perbandaran syarikat itu seperti M Senyum di Salak Tinggi, M Aruna, M Panora dan M Residence di Rawang, Southville City di Bangi dan Meridin East di Johor.

“Dengan lokasinya yang strategik di Semenyih dan kira-kira 30 minit dari Kuala Lumpur, kami percaya pembangunan ini akan menarik minat pembeli rumah kali pertama yang lebih gemar tinggal di pembangunan perbandaran serba lengkap jauh dari bandar,” katanya.

Katanya, pembangunan itu juga sesuai untuk generasi muda berkeluarga yang tinggal bersama anak dan ibu bapa mereka.

Mah Sing berkata mengikut perancangan awal, perbandaran bersepadu itu akan dibangunkan rumah bertanah dua tingkat dengan harga indikatif bermula daripada RM446,800, kemudahan terancang dan lot komersial.

Pemaju hartanah itu menjangkakan untuk memulakan kempen kesedaran dan proses pendaftaran untuk projek itu pada 2024 dan cadangan pembangunan dijangka dimulakan pada suku ketiga tahun yang sama dengan tempoh pembangunan melebihi lapan hingga 10 tahun.

Dengan pembelian terbaharu itu, Mah Sing kini mempunyai 15 perbandaran di Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang.

— BERNAMA 

Tags: Glengowrie EstateMah Singpembelian tanahperbandaranSemenyih
Share277ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

4 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

5 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

5 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In