• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Maxis, BHPetrol Bekerjasama Ubah Pengalaman Runcit Secara Digital

in Catalyst
A A
Maxis, BHPetrol Bekerjasama Ubah Pengalaman Runcit Secara Digital

Gambar: Fb BHPetrol

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) — Maxis Bhd (Maxis) telah dipilih oleh Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) untuk menyertai pelaksanaan digitalisasi meluas BHPetrol untuk meningkatkan pengalaman pelanggan di stesen runcit mereka.

Maxis sebagai penyedia rangkaian akan menyediakan SD-WAN (Software-Defined Wide Area Network) terurusnya untuk menyokong terminal pembayaran di setiap pam minyak dan sistem kaunter bayaran (Point of Sale) di semua stesen runcit BHPetrol di Semenanjung Malaysia.

SD-WAN adalah teknologi rangkaian yang menawarkan solusi kesalinghubungan yang fleksibel, boleh dinaik taraf dan berpatutan sambil menggabungkan langkah-langkah keselamatan tersedia untuk memastikan perlindungan komunikasi secara menyeluruh.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Setakat ini, SD-WAN Maxis telah dilaksanakan di lebih daripada 240 lokasi dengan pelaksanaan di stesen-stesen lain dijangka selesai menjelang akhir tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Goh Seow Eng berkata kerjasama penting itu membolehkan Maxis menawarkan keupayaan unik dan pengalaman kami dalam menyediakan teknologi rangkaian generasi seterusnya.

“Kami bersedia untuk bekerjasama serta menyokong usaha transformasi digital BHPetrol,” katanya. dalam satu kenyataan.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol Azizul Azily Ahmad berkata kerjasama tersebut akan membolehkan mereka memupuk lebih banyak inovasi, meningkatkan operasi dan apa yang paling penting, meningkatkan pengalaman pelanggan secara keseluruhan di BHPetrol.

BHPetrol membayangkan masa depan pengalaman runcit yang memerlukan rangkaian yang boleh dipercayai, berkelajuan ultra-tinggi yang boleh direlisasikan oleh SD-WAN Maxis.

Kedua-dua syarikat juga sedang meneroka peluang masa depan untuk melaksanakan teknologi Runcit Pintar termasuk analitik tingkah laku membeli-belah, pembayaran dekat, dompet mudah alih dan penyelesaian pengesahan biometrik.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Maxis SD-WAN, lawati https://business.maxis.com.my/en/network/sd-wan 

— BERNAMA

Tags: BHPetrolMaxisSD-WAN
Share230ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In