• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Diniaga Rendah, Prestasi Wall Street Bercampur-Campur

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) — Bursa Malaysia diniagakan rendah pada sesi awal dagangan pagi Khamis, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang bercampur-campur selepas Rizab Persekutuan mengambil keputusan melangkau kenaikan kadarnya.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 4.19 mata kepada 1,381.23 daripada 1,385.42 pada penutupan urus niaga semalam.

Indeks utama itu dibuka pada paras 1,382.96, rendah 2.46 mata.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Pergerakan harga di pasaran menyaksikan saham rugi mengatasi saham untung 192 berbalas 117, manakala 251 kaunter tidak berubah, 1,724 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 273.80 juta unit bernilai RM96.41 juta.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata walaupun Fed menghentikan seketika kenaikan kadarnya tetapi ia juga memberi isyarat bahawa kenaikan kadar tambahan mungkin berlaku sekiranya perlu untuk mengawal harga.

Beliau berkata sentimen turut terjejas oleh penyahsenaraian pemaju tanah besar China di tengah-tengah pasaran perumahan yang lemah.

“Namun begitu, percubaan AS baru-baru ini untuk meredakan ketegangan dengan China mungkin memberi harapan untuk menyuntik keyakinan kembali ke dalam sistem kewangan,” katanya kepada Bernama.

Thong berkata FBM KLCI ditutup tinggi semalam disebabkan aktiviti belian lewat melibatkan saham wajaran tinggi terpilih.

“Hari ini, kami menjangkakan sentimen pasaran kekal berhati-hati ekoran ketidaktentuan serantau yang semakin meningkat selepas mengambil petunjuk daripada Wall Street.

“Justeru, kami berpendapat indeks akan kekal dalam julat 1,380-1,390 hari ini dan ketiadaan kenaikan kadar dapat merangsang minat belian di kaunter teknologi dalam jangka pendek,” tambahnya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah dua sen kepada RM8.62, Tenaga Nasional susut 10 sen menjadi RM9.10 dan Petronas Chemicals lemah lapan sen kepada RM6.32 manakala Public Bank dan CIMB, masing-masing tidak berubah pada RM3.82 dan RM4.99.

Bagi saham aktif, Sarawak Consolidated dan Classita, kedua-duanya menokok setengah sen kepada 39 sen dan 11 sen, Ewein turun empat sen kepada 66.5 sen sementara Tanco dan KNM kekal pada 49.5 sen dan 7.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas kerugian 29.90 mata pada 10,214.35, Indeks FBMT 100 susut 30.31 mata menjadi 9,908.85 dan Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 45.45 mata untuk mencatatkan paras 10,571.82,

Indeks FBM 70 menyusut 42.81 mata kepada 13,607.49 dan Indeks FBM ACE menguncup 25.06 mata kepada 5,173.94.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga turun 3.78 mata kepada 783.65 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lemah 0.95 mata kepada 159.12.

Bagaimanapun, Indeks Perladangan meningkat 8.60 mata kepada 6,715.71 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan peroleh 3.43 mata kepada 15,187.57.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiapembukaanThong Pak Leng
Share211ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In