• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Mah Sing Akan Bangunkan M Tiara Di Johor Bahru Dengan GDV Berjumlah RM480 Juta

in Catalyst
A A
Mah Sing Capai Sasaran Lengkapkan Milikan Kosong Pada Suku Keempat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) — Mah Sing Group Bhd telah membeli tanah seluas 30.63 hektar (75.7 ekar) di Mukim Pulai, Johor Bahru pada harga RM76.09 juta untuk pembangunan perumahan jenis bertanah dikenali sebagai M Tiara.

Pemaju hartanah itu dalam satu kenyataan hari ini berkata ia akan membina rumah kluster teres dua tingkat dan rumah dua tingkat di atas tanah pegangan bebas utama dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM480 juta pada harga indikatif, harga kediaman tersebut bermula dari RM624,800.

Pendaftaran disasarkan pada separuh pertama 2024.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Ini menandakan perjanjian tanah kedua Mah Sing pada tahun 2023 susulan pembelian 3.23 hektar (lapan ekar) di Puchong, Selangor awal tahun ini untuk projek pembangunan transit persekitaran daerah (TED) M Terra dan M Hana dengan GDV bernilai RM726 juta.

“Kumpulan itu akan terus mencari tanah yang lebih strategik di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor disokong oleh lembaran imbangan yang baik dengan tunai dan baki bank serta pelaburan dalam dana jangka pendek sebanyak RM706.9 juta seperti yang dilaporkan pada suku pertama Mah Sing (keputusan kewangan suku pertama) 2023,” kata kenyataan itu.

Johor ialah wilayah pembangunan kedua terbesar Mah Sing berikutan perbandaran terkenal termasuk Sri Pulai Perdana, Sri Pulai Perdana 2, Austin Perdana, Sierra Perdana dan Meridin East.

Pembangunan lain termasuk pembangunan bercampur Meridin@Medini dan pembangunan industri Mah Sing i-Parc.

Cadangan pembelian tanah itu akan mengukuhkan lagi jejak kumpulan itu di Johor dan mengukuhkan kedudukannya dalam segmen mampu milik selepas membeli tanah seluas 2.80 hektar (6.94 ekar) untuk M Minori di Taman Seri Austin, Johor Bahru pada 2022.

Kumpulan itu berkata ia akan memanfaatkan rekod prestasinya, jenama yang mantap dan pengetahuan luas mengenai permintaan pasaran untuk mendorong permintaan.

— BERNAMA

Tags: Johor BahrukediamanM TiaraMah Sing Grouppembelian tanah
Share235ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In