• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Pada Awal Dagangan Sebelum Susut

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) — Bursa Malaysia meningkat sedikit pada awal dagangan Selasa namun susut kemudiannya berikutan jualan berterusan saham wajaran tinggi terpilih biarpun Wall Street dalam aliran positif selepas peniaga menjangkakan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) akan menangguhkan kenaikan kadar faedah.

Pada 9.10 pagi ini, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.0 mata kepada 1,385.77 daripada 1,386.77 pada akhir dagangan semalam.

Indeks utama itu dibuka menokok 0.92 mata kepada 1,387.69.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 166 berbanding 120 manakala 265 kaunter tidak berubah; 1,693 tidak diniagakan dan 12 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 212.55 juta unit bernilai RM81.09 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI mencatat kenaikan daripada penurunan sebelumnya, berikutan aktiviti membeli saham berharga rendah secara menyeluruh.

“Namun, indeks utama kekal di paras terendah dalam tempoh dua minggu ketika kami melihat 1,390 sebagai paras rintangan yang kukuh.

“Kami menjangkakan indeks berkenaan berlegar dalam jajaran 1,380-1,390 dan paras 1,400 sebagai sasaran seterusnya,” katanya kepada Bernama.

Thong turut mengunjurkan sektor tenaga akan mengalami tekanan kecil apabila harga minyak mentah terus merosot dengan minyak mentah Brent merosot ke bawah US$72 setong menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS, esok.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank dan Public Bank naik satu sen kepada RM8.64 dan RM3.86; CIMB susut tiga sen kepada RM4.99 dan Petronas Chemicals turun lapan sen kepada RM6.57 manakala Tenaga Nasional tidak berubah pada RM9.26. 

Bagi saham aktif, Eduspec rugi setengah sen kepada 3.5 sen; Kumpulan Jetson berkurangan 7.5 sen kepada 35 sen; Sarawak Consolidated dan Barakah Offshore Petroleum naik 1.5 sen kepada tujuh sen dan 34 sen dan Classita tidak berubah pada 10.5 sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas turun 0.36 mata kepada 10,216.76; Indeks FBMT 100 berkurangan 0.39 mata kepada 9,914.15 dan Indeks FBM Emas Shariah susut 2.99 mata pada 10,549.62.

Selain itu, Indeks FBM 70 meningkat 27.41 mata kepada 13,502.48 manakala Indeks FBM ACE naik 18.70 mata kepada 5,095.33.

Bagi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 6.21 mata kepada 15,225.63 dan Indeks Tenaga menokok 2.49 mata kepada 780.36. 

Bagaimanapun, Indeks Perladangan turun 28.22 mata kepada 6,729.42 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.54 mata kepada 159.27.

— BERNAMA

Tags: Bursa Malaysiasesi awalThong Pak Leng
Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In