• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

MBI, Petronas Gas Meterai MOU Bangun Loji Jana Kuasa Hidro Mini, Selenggara Terminal

in Catalyst
A A
Petronas Gas Catat Keuntungan Lebih Rendah Disebabkan Cukai Kemakmuran
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) — Mentri Besar, Trengganu (Incorporated) (MBI) dan Petronas Gas Bhd (PGB) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi meneroka potensi kerjasama berkaitan dengan cadangan pembangunan loji jana kuasa hidro mini serta cadangan pengurusan operasi dan penyenggaraan terminal di Terengganu.

Menurut MBI, pemeteraian MoU ini menandakan langkah awal kerjasama antara MBI dan PGB bagi mengukuhkan pembangunan ekonomi di Terengganu dan kedua-dua pihak akan membuat penilaian bersama ke atas kebolehlaksanaan kedua-dua cadangan pembangunan tersebut.

“Pembangunan loji jana kuasa hidro kecil yang dicadangkan melalui anak-anak sungai di daerah Dungun adalah seiring dengan teras strategik Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030) iaitu pengukuhan infra, pemerkasaan teknologi hijau dan pengawalan impak bencana,” jelasnya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

MBI memaklumkan projek tersebut dilihat sebagai penyelesaian tenaga boleh baharu (TBB) yang kritikal dalam menjadi solusi cabaran bekalan elektrik terutama bagi kawasan luar bandar yang terpencil.

“Bagi cadangan kerjasama pengurusan, operasi dan penyenggaraan terminal oleh sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri Terenganu pula, ia dilihat sebagai satu langkah strategik dan berimpak.

“Jika dapat direalisasikan dengan jayanya akan membuka ruang pemerkasaan ekonomi bukan sahaja buat organisasi terlibat, malah juga komuniti setempat melalui penawaran peluang pekerjaan dan perkongsian kemahiran teknikal,” tambah MBI.

MoU tesebut ditandatangani Setiausaha Kerajaan Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja dan Ketua Pegawai Kewangan merangkap Penasihat Kewangan kepada Menteri Besar Terengganu, Muhammad Ramizu Mustaffa yang mewakili MBI.

Sementara itu PGB diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Abdul Aziz Othman serta Pengurus Besar Kanan, Pemprosesan Gas dan Utiliti, M Nazir M Nor.

Pemeteraian itu disaksikan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Tengku Seri Bijaya berkata beliau yakin kerjasama ini akan membuka peluang baharu dan memberikan manfaat kepada seluruh rakyat Terengganu, sejajar dengan matlamat pelan jangka masa panjang PITAS 2030.

— BERNAMA

Tags: loji jana kuasa hidro miniMBIMoUPetronas Gas BhdPITAS 2030Terengganu
Share268ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In